>>>>>

Aww.. Nakal, Lampu Bentuk Punggung Ini ‘Suka’ Ditepuk

SELALU geram dan mudah tergoda melihat punggung wanita? Barang ini mungkin sesuai untuk anda!
Ini kerana lampu perhiasaan berbentuk punggung hasil kreativiti seorang pencipta yang dari London dikenali sebagai Joseph Begley ini sangat ‘suka’ ditepuk.

slap_1

aww-nakal-lampu-unik-bentuk-pantat-ini-selalu-ingin-ditepuk


Mempunyai saiz ukuran punggung manusia, lampu yang diberi nama ‘Slap it Lamp’ dikatakan akan berfungsi dan menyala jika ditepuk dan dipukul dengan perlahan.

Mungkin kedengaran lucah, namun lampu yang dicipta dari bahan silikon yang lembut dan lentur ini juga boleh diramas dan dicubit.

Menurut Joseph, inspirasi untuk mencipta lampu ini datang daripada orang yang gemar menepuk punggung.


slap_3

Untuk pengetahuan anda, lampu ini dijuga direka dengan pelbagai pilihan warna dan sangat sesuai diletakkan di bilik tidur kerana sinaran cahayanya tidak mengganggu tidur. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Aww.. Nakal, Lampu Bentuk Punggung Ini ‘Suka’ Ditepuk"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info