Emily Letts (25 tahun) mencetuskan kontroversi selepas merakam proses pengguguran yang dilakukannya dan kemudian muat naiknya ke internet.
Dalam video berdurasi kira-kira tiga minit itu, ia menjelaskan mengapa dia ingin menggugurkan kandungannya kerana dia belum bersedia untuk mempunyai seorang anak.
Emily yang bekerja sebagai seorang seorang kaunselor kesihatan ibu dan anak itu kemudian merakam seluruh jalannya proses pengguguran itu. video ini membuat gempar serta mencetuskan pro dan kontra antara para aktivis anti-pengguguran dan mereka yang menyokong keputusan Emily Letts itu.
"Saya merasa sangat selesa dengan keputusan ini dan mendapat sokongan dari banyak orang. Saya hanya ingin berkongsi kisah saya," kata Emily dalam video itu sebelum proses pengguguran berlangsung.
Selanjutnya, adegan berganti dan memaparkan Emily sedang menjalani seluruh prosedur pengguguran. Wajahnya boleh dilihat dengan jelas dalam video itu dan beberapa kali perempuan itu kelihatan menarik nafas dalam-dalam..
Screenshot ketika Emily mengejan di ruang operasi
Selama proses pengguguran itu, Emily dalam keadaan sedar dan hanya mendapatkan pembiusan tempatan. Lalu video itu memaparkan Emily, yang bekerja Cherry Hill Women 's Center di New Jersey, enam minggu selepas pengguguran itu.
Berkaitan hal kontroversi yang dilakukannya ini, Emily tidak merasa menjadi orang jahat (kerana melakukan pengguguran), dan ia juga tidak merasa sedih.
0 Komentar untuk "Wanita Cantik Ini Merakam Saat Dia Melakukan Proses Pengguguran Bayi Dan Menguplod Ke Youtube"