Seorang lelaki
terkejut seolah-olah tidak percaya apa yang telah berlaku selepas teman
wanitanya menolak lamarannya di hadapan orang ramai yang sedang duduk di
kawasan kedai makanan sebuah pusat beli-belah Sherman Oaks Galleria di
Los Angeles baru-baru ini.
Kejadian itu
(lihat video di bawah) menunjukkan lelaki tersebut melutut sebelum
berdiri semula di depan teman wanitanya dengan seorang pemain gitar
menyanyikan lagu klasik Sweet Caroline.
Wanita tersebut
kelihatan amat terkejut dan tersenyum semasa kekasihnya membuat lamaran
itu. Lelaki itu melutut sambil mahu menyerahkan sebentuk cincin
kepadanya manakala orang ramai bertepuk tangan.
Namun, lelaki itu
berada dalam keadaan yang terkejut seolah-olah tidak mempercayai apa
yang berlaku kerana kekasihnya yang dikenali sebagai Caroline berkata:
"Oh Tuhan, apa yang kamu lakukan?".
Wanita itu kemudian
meninggalkan lelaki berkenaan yang berada dalam keadaan tergamam.
Pemain gitar tersebut berusaha menenteramkan lelaki itu yang kelihatan
amat kecewa.
Adussss.Kesian gilee.
Tidak diketahui sebab apa lamaran itu ditolak, samada teman wanitanya malu dilamar dihadapan orang yang ramai..
Tidak diketahui sebab apa lamaran itu ditolak, samada teman wanitanya malu dilamar dihadapan orang yang ramai..
0 Komentar untuk "Lelaki Ini Tergamam Kekasihnya Tolak Lamaran di Tempat Awam ( Video ) "