>>>>>

10 Kepercayaan Karut Masyarakat Di Korea Selatan

SETIAP masyarakat di dunia ini ada kepercayaan pelik atau khurafat sejak zaman nenek moyang lagi.

Sebagai contoh, masyarakat Melayu sendiri mempunyai kepercayaan sedemikian seperti jangan duduk di atas bantal agar tidak tumbuh bisul di punggung, jangan menyanyi di dapur kerana mungkin akan dijodohkan dengan orang tua, campakkan baju pengantin di atas bumbung agar tidak hujan di hari majlis mereka dan banyak lagi.

Namun, apakah kepercayaan zaman dahulu itu masih lagi boleh diguna pakai di zaman yang serba moden ini? Itu semua terpulang kepada individu itu sendiri.


Walau bagaimanapun, bukan masyarakat di Malaysia sahaja mempunyai kepercayaan seperti itu, di Korea Selatan juga terkenal dengan kepercayaan sedemikian dalam masyarakat mereka.
Jom tengok 10 kepercayaan karut yang popular di Korea Selatan. – MYNEWSHUB.CC

1. Rama-rama boleh membutakan mata sekiranya individu itu memegangnya dan menyentuh mata mereka selepas itu!8asnlxw (1)

2. Jika kerap bermimpi khinzir ketika tidur, itu bermakna individu tersebut akan menjadi kaya tidak lama lagi.8asnlxw (2)

3. Laluan Deoksugung adalah laluan ‘berhantu’ kepada pasangan kekasih, mana-mana pasangan yang melalui kawasan itu akan berpisah.8asnlxw (3)

4. Pemberian kasut sebagai hadiah akan membuatkan orang yang menerima itu pergi jauh dari hidup si pemberi.8asnlxw (4)

5. Bersiul di waktu malam dipercayai boleh memanggil roh atau syaitan kepada mereka.8asnlxw (5)

6. Kipas yang dipasang dalam bilik tertutup boleh membunuh individu yang sedang tidur di dalam bilik tersebut.8asnlxw (6)

7. Menulis nama dalam warna merah adalah tanda berita buruk atau mati.8asnlxw (7)

8. Melangkah bayi dipercayai akan membantutkan tumbesaran bayi terbabit.
8asnlxw (8)

9. Jika si isteri atau kekasih membiarkan pasangan menikmati kepak ayam, pasangan mereka akan ‘terbang’ pergi meninggalkan mereka kelak.8asnlxw

10. Seperti masyarakat Cina, nombor atau angka 4 akan membawa berita buruk kepada mereka.
 korea
0 Komentar untuk "10 Kepercayaan Karut Masyarakat Di Korea Selatan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info