CARA KENALI BARANGAN ISRAEL MELALUI 'BARCODE'
Tulisan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin di akaun Facebook beliau.
“Orang yang menyatakan boikot produk Israel itu satu kebodohan dialah yang bodoh dan menjadi jurucakap Netanyahu.”
“Para
pembela zionist termasuk yang ada di Malaysia ini gagal membeza antara
‘memboikot produk Israel dan yang menyumbang kepada Israel’ dengan
produk orang yahudi. Kita tidak anti setiap individu yahudi sebagai satu
bangsa tapi kita menentang Israel atas segala kejahatannya.”
Oleh
itu bagaimana untuk kita mengenali produk keluaran Israel, Yahudi
laknatullah tersebut. Rahsianya boleh diketahui melalui kodbar yang
terdapat pada sesuatu produk. Tiga digit pertama kodbar yang terdapat
pada sesuatu produk adalah merujuk kepada tempat produk/company
didaftarkan.
Kalau produk didaftarkan di Malaysia, 3 digit pertama kodbar ialah 955 seperti keratan di bawah.
Sekiranya ia produk Israel atau didaftar di Israel, kodbarnya ialah 729.
Sekiranya
merasa sedikit bertanggungjawab untuk secebis sumbangan untuk
kesengsaraan rakyat Palestin yang dilakukan Israel seperti disaran Dr
Asri, belek-beleklah kodbar tersebut dan ingat dengan nombor 729, ingat
juga, walau sebesar zahrah sumbangan yang diberikan tetap dikira-Nya.
Rujukan tentang kodbar tersebut boleh dibuat di www.gs1.org/barcodes/support/prefix_list
0 Komentar untuk "Cara Mengetahui Produk Israel Melalui Barcode"