>>>>>

Kisah Benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah !

Sedang admin melayari Facebook admin terjumpa sebuah kisah ini.Oleh kerana diakhir ayatnya supaya boleh tolong kongsikan post ini,jadi admin postkan di blog ini untuk tatapan anda semua.
Bismillah.


Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban.. 

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa diluar mahupun Facebook friends list anda.. 

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu, 

saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook.... 

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola. 

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya..sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya...

~~~~~

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor ( Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus ) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola. Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus...Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut...Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh..

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan dirumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit 
yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun ( Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan ) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit..Masya Allah besar ujian keluarga ini. 

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam2 lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak... Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus, "mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun ?" Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu. 

~~~~~

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau 
pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga. 

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik 

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan.... Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

~~~~~

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola.Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih ? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...

###########

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak ? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya.. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh. 

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda 
mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai... Besedekahlah sentiasa, meskipun harta didunia kurang, harta dan pahal diakhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka...Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama .Tak rugi pun kita, lagi untung ada. 


5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam. 

Sekian,
Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas 

sumber Blog

22 Komentar untuk " Kisah Benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah ! "

Kalau mak dia blh beli tudung manik2, mekap, xkan baju sehelai rm10 x blh beli? Kat giant byk baju murah2...kalau mak dia pun kurus kering, blh terima lg la bila dia ckp dia susah...anak lelaki dia lg sorg tu elok je pakai baju, sihat je...kwn kerja di klia dia sdri bgtau sblm ni memang dia jg anak dia elok, tp sejak kawin lg sekali, trus terabai...semoga kita semua muhasabah diri...lebih peka dgn sekeliling

Bagi saya so simple as, banyak orang miskin yg tak mampu kais pagi, makan pagi, kadang-kadang makanan pun tak da, tapi tak dalah sampai anak dengan baju kotor, main tahi, tak terjaga. Kalau betul baju pun tak mampu nak beli, abis anak yang kedua kenapa tak pulak reput bajunya, boleh pulak elok aja, memang kami pandai cakap, tak boleh salahkan public bila kami tuding jari tapi sekarang siapa yang buka ruang atau jalan diri dia sendiri. Kami nak salahkan sapa, takkan datuk nenek dia, mak sedara dia, sepupu sepapat budak tu, of courselah penjaganya. SEMISKIN MCM MANA PUN ITU BUKAN ALASAN ITU BUDAK TU, DUDUK DALAM TEMPAT KOTOR, BAJU REPORT DAN MAIN DENGAN TAHI. HAKIKATNYA KESALAHAN TETAP KESALAHAN WALAU APA PUN ALASAN. SAYA BERANI CAKAP SEBAB SAYA PUN IBU TUNGGAL, MENCARI NAFKAH HANYA SAYA SEORANG, PERNAH BERLAPAR HANYA UNTUK CUKUPKAN MAKAN ANAK.

Fikir sejenak...kalau kita pernah tengok contohla yerr BERSAMAMU...dorg pun miskin tapi takdela sampai abai anak OKU yg 3/4 org makan tidur dalam tahi...masih terjaga makan, pkai & tempat tidur...walaupun mak ayah tu uzur...kerja kutip tin & kotak demi sesuap nasi untuk anak2 OKU dorg...bukan nak cakap besar saya pun ada 2 org mak saudara OKU...setakat ini mereka tak menyusahkan...mak saya selalu cakap tempat org2 mcm ni disyurga dan sempurna disisi ALLAH...walaupun didunia diorg tak sempurna...kita jaga makan, minum & pakai elok2 insyaallah kita pun dapat pahala...sya kesian dengan firdaus...dya tak berdaya nak berbuat apa2...tpi konon dianaiya dengan kemiskinan..ibu saya pun ibu tunggal..bantuan bnyak kenapa tak bersuara & minta bantuan...Kalau saya tersalah cakap minta maaf...cuma memang ramai rakyat malaysia tak dapt terima yg alasan kemiskinan sdangkan anak kedua dia tak makan tahi & kurus kering mcm firdaus...

Macam mane emaknye tam mampu beli pakaian bersih buat anaknya..macam mabe sampai hati tinggalkan anaknya seorang orang, kenapa sodare lola takde yg kisah..tak payah kirim duit orang tuanya lah kalo memang tak mampu bagi makan anaknya

saya stuju ngn amelza kamel..........cuba tgk bersamamu....yang lbih truk da ank cacat 3-4 orang sekali gus...plak 2 mak bapak pun sakit...tp ank2 xsmpai bg ank2 dok dlm rumah yang kotor,busuk dll....baju yang koyak rabakkk....plz la jgn tegakkn benang yang basah..........iktibar la ngn apa yang berlaku ni...bkn nk tuding jari kepada sapa2 tp fkir la btl2 disebalik kejadian ni.wassalam

kita tak berada ditempat ibu dia..jgn buat statment yg mcmtu..itu ujian hidup dia..kita sendiri p0n tak tahu apa akan jadi kat kita..wlup0n satu sen mungkin bagi ibunya sgt berharga..kita sendiri p0n tak taw baju cantik yg kluarga ni pakai mugkin ada yg sedekah pada mereka..kita hanya memandang, tapi ibu dia yg memikul..sebagai manusia kita tak ada hak nk menghukum..hanya Allah yang maha mengetahui sesuatu kejadian..

tak payahlah ko nak back up mak budak cacat ni.........miskin mcm mana pun kenapa anak yg cacat x terjaga seperti yg lagi satu........knape kurus kering hahhh......kakak ni boleh plak berselfie dan bertudung manik......bulu mata palsu ngalahkan artis......gemuk pulak tu........puiihhhh memang niat dia nak anak tu mati

Jgn persoalkan apa yg mak dia buat...tp tny kt yg Maha Mengetahui di atas sana..kalau kita kat tempat dia kita p0n akan sakit hati bile byk tomahan yg dilemparkan tanpa memikulnya dibahu sendiri..knpa masih salahkan IBU dia..sepatutnya kita tanya wali atau keturunan wali dia yg takde rasa bersalah tu..klu ikut pemahaman,bukan ibu yg bagi nafkah kt ank tapi Bapa @ kluarga Bapa insan istimewa tersebut..kita sebagai Manusia boleh jadikan pengajaran dengan apa yg jd..

tak ada seorang mak pun yg sanggup bia ank die dalam keadaan nie,,, kenapa die ada facebookk melalui facebook die boleh buat mcm2 bukan nya bia kan anak die teranaiya mcm to,,,, semua orng sush tpi xda bia akn ank memkai baju yg lusuh x ada yg bia kn ank duk dengan najs,, sedang kn dulu sy dari golongan yg susah... mak saya amik kain batik tutup tubuh saya,,walaupun ibu sy memkai baju yg lusuh, sedang rumah sy bocor penuh air masuk rumah mak sy tolak air to jgn bagi kena anak anak ,, anak die dua tpi adik sy ada 7....tapi x pernah mak sy bia kn kami adik beradik kering mcm to,,, ni bkn fitnah,, tpi ni adalah karma,, saat die menyeksa ank die,,, saat itu jugak allah menutup pintu rezeki nya,,,, dalm kehidupan yg baik to akn dapt yg baik,,, manakala yg jahat akn di beri peluang untuk berubah,,,, ujian adalah kekuatan bagi kita,, tapi jika dalam hati seorang ibu taw wanita itu tak ada kesabaran ni lah yg jadi.... sama2 lah kita berdoa agar puan lola berubah,,,

Jgn pandang benda yg disangka tak baik je... lihat la kebesaran Allah .. adik ni masih sihat n tak de demam bagai walaupon dia di jumpai dlm keadaan sebegitu... siapa kite nak judge kesalahan sesama manusia... lihatlah kebesaran Allah... adik ni masih selamat...

Allahuakbar!


Kesiannya adik Firdaus ni .....Semoga menjadi teladan kepada semua Ibubapa, sanaksaudara, jirantertangga & semua insan di dunia...Mengenang arwah Emak saya.. Beliau menjadi ibu tunggal pada usia yang sanggat muda pertengahan 30an. Bapa kami meninggal di mana Emak saya mengandung anak yang ke lima 9 bulan. Pada waktu itu abang yang sulong baru berumur 7 tahun, saya 6 tahun, adik ke 3- 4 tahun , adik ke 4 -2 tahun .Emak tidak berkerja & Bapa pula kerja kilang sahaja..pada masa tu tak ada socso dan KWSP...jadi kami tak dapat apa-apa pampasan. Arwah mak tidak bekerja semasa Bapa meninggal dunia..Allahamdulilah di Kampung Support system kekeluargaan banyak membantu, ahli keluarga, jiran tertangga, Ketua Kampung dan orang Masjid dan surau...tapi walaumacamana orang memberi pertolong pun kalau kita sendiri tak nak tolong diri kita..kita selalu mencari alasan dan menunding jari kepada pihak orang lain. Emak sanggat gigih berkerja di sawah ..setelah beliau rasa anak-2 tak dapat nak tinggal di rumah sebab masa tu sayalah yang jaga adik2 dan di bantu sanak-saudara di sekeliling.. kami miskin, tak ada TV, tak ada basikal, tak ada Peti Ais dan serba kekurangan. Emak ambil keputusan jual makjoon dan ubat-ubatan dari rumah ke rumah, buat kuih letak di kedai makan, petang buat rempeyek letak di kedai-kedai runcit (Ada yg menipu emak sebab mak tak pandai baca dan menulis masa tu, tapi mak selalu cakap kalau org tipu dan makan duit anak yatim Allah akan balas satu hari nanti).Pernah sepasang Guru tiada anak datang ke rumah ingin mengambil adik kami yg bongsu..walaupun Emak tahu masa depan adik kami mungkin lebih cerah jika di serahkan kepada pasangan guru yg tak de anak tersebut tapi Emak nekad ingin jaga semua anak2nya dan memberi pelajaran yg terbaik untuk anak2nya dia tak akan menyerahkan kepada sesiapa anak2nya. Allah S.W.T selalu bersama org yg berusaha...Emak dapat buka kedai Kopi di Kampung dan perniagaan sanggat untung ..tak cukup dgn itu lepas tutup kedai dalam pukul 11 ke 12 malam (Kedai buka 6.00pagi) mak buat kuih pula untuk jualan esok pagi. Jika cuti bulan Ramadhan mak berkerja di Kilang Udang (Saya pun ikut sekali tolong kopek udang dapat la banyak sikit timbangan sebab bayaran di beri mengikut berat timbangan bukanya jam). Ramai yang meminang Emak tapi dia tak yakin ayah tiri boleh kebahagiakan kepada anak-anakya yang ramai. Itulah Emak ..walaupun banyak tomahan yang mak terima sebab Ibu tunggal tapi mak tak pernah melenting dia selalu cakap Allah ada , Allah tolong kita .Kehidupan sangat susah masa saya sekolah rendah, kami tidur di Kedai beralaskan kotak tin susu tapi pelajaran, mengaji Al-Quran dan makanan yang baik untuk kami emak selalu utamakan. Rumah peninggalan arwah Opah ada tapi jauh sikit untuk berulang-alik ke kedai untuk berniaga. Apa yang saya kongsikan adalah kerana kalau kita buat apa-apa pun dengan ikhlas Allah S.W.T akan bagi jalan untuk kita..tak kira miskin atau kaya . Al-Fatihan buat Bondaku yang tersayang di sana. Amin.

memang kita semua tidak pernah berada didalam situasi ini,,pendapat saya xkan la lgsung x ditukar baju,,x dimandikan,,x dipotong rambut. Klo x de duit sekali pon,,nape si ibu tidak sendri potong rambut anak.. xkan sanggup tgok anak dlm keadaan camtuh...dgn baju reput. pastu klo dah tahu anak x reti makan,sepahkan polisterin,,nape x disuapkan anak tuh,,sbbnya siibu ckp anak x reti makan.. one more nape x diletakkan anak tuh druang tamu ,,saya tgok ruang tamu kira bersih la..kemas dgjn ada tilam bantal..kenapa mesti di bilik yg mcm tuh..??

Maafla...dari satu sumber saya tahu...wali dye / ayah adik firdaus dah meninggal..

satu je.... Mak budak ni tak bertanggungjawab..... Budak ni ahli syurga tau..... rugi mak dia tak jaga dia dengan baik.... Ayah dia kan dah menginggal 2 tahun lepas (dalam berita)... jadi siapa lagi penjaga dia yang sah kalu tak mak dia... org lain ada yang lagi miskin.... tapi tak lah sampai abaikan anak.... jangan kata kita semua ni tak pernah susah.... saya ibu tunggal... saya pun pernah susah.... tapi perbuatan ni saya tak dapat nak terima... Sedih....

kesian pd adik firdaus....seorg ibu susah bagaimana pun tanggungjawab terhadap anak seperti adik firdaus harus diutamakan...mustahil lah nk kata kesusahan atau bebanan yg ibunya tanggung sehingga ank blh hidup sedemikian rupa....video yg dirakam tidak menipu...seluruh rakyat malaysia melihat...meneliti dan blh menilai...keadaan adik firdaus seperti ank2 di Somalia

kepada mereka yang beria-ia nak backup ibunya- BAYANGKAN ADIK FIRDAUS TIDAK DITEMUI ,DENGAN BADAN KURUS KELAPARAN DAN PENUH NAJIS ITU MAKA NYAWANYA TAK PANJANG DAN KALAU DIA MENINGGAL SEBAB KELAPARAN YANG DAHSYAT ANDA TETAP SIMPATI PADA CARA ASUHAN IBUNYA.MAK KUCING PUN PANDAI JAGA ANAKNYA.

kepada mereka yang beria-ia nak backup ibunya- BAYANGKAN ADIK FIRDAUS TIDAK DITEMUI ,DENGAN BADAN KURUS KELAPARAN DAN PENUH NAJIS ITU MAKA NYAWANYA TAK PANJANG DAN KALAU DIA MENINGGAL SEBAB KELAPARAN YANG DAHSYAT ANDA TETAP SIMPATI PADA CARA ASUHAN IBUNYA.MAK KUCING PUN PANDAI JAGA ANAKNYA.

Puiii...msyg anak konon!!! Cam celaka je nak backup betina tu!!! Kalo jupe dpn mata mmg kena pijak dah ni...

PUNDEKLAH KO NAK BELA MAK DIA PLAK..XYAHLAH JADI SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA..

PADA SAPER2 YG ADA LINK NGAN JABATAN UNDANG2 MOHON DIPANJANGKAN PERKARA NI SUPAYA MAK FIRDAUS DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG DAN DENGAN INI AKAN MENJADI PENGAJARAN PADA IBU-BAPA SUPAYA X MENZALIMI ANAK2 SEPERTI ADIK FIRDAUS,,,YA ALLAH AMPUNKANLAH DOSA BETINA NI..

Tak logik langsung..semiskin mana pun itu bukannya alasan untuk melakukan sebegitu..kalau kau mampu bersihkan diri kau..anak kau tu??adakah kebersihan perlu dibayar??walaupun xde duit nk byr air tp xmenjadikan adik firdaus sekotor itu..xde duit nk beli sikat??tangan ibunya xkudung untuk merapikannnya..sengal..meh aku ikat ko plak buat ko mcm tu!!karma menantimu

Saya databg dari keluarga yang susah. Boleh kata, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ayah saya telah meninggalkan kami sekeluarga sejak saya berumur 11, kerana berhutang dengan lintah darat. Sejak itu, ibu saya lah yang menanggung kami empat beradik. Di pagi, ibu bekerja sebagai cleaner. Dan di malam, ibu menjaatuhkan martabat diri untuk berkerja di dangdunt sebagai seorang pelayan. Boleh dikatakan, jika ada peluang untuk mencari wang tambahan, ibu akan bekeja walaupun badannya semakin lemah. Kami empat beradik, tidak pernah terabai, makan minum dan pakaian kami terjaga. Jika ada yg tidak cukup, seperti keperluan sekolah, ibu akan meminta dari jiran jika kami boleh mendapatkan uniform sekolah yang telah digunakan. Untuk menambahkan keperitan hidup, kami sering didatangi oleh lintah darat yang mengugut kami sekeluarga. Ibu terpaksa membayar. Hutang ayah, bukanlah rm1000 tapi rm600,000. Saya mula bekerja di kedai makan, semasa berumur 12. Disitu saya diberikan gaji, rm20 untuk 2 hari bekerja di ujung minggu. Pendaptan saya itu la juga yang dapat menampung duit belanja ke sekolah. Walaupun susah bagaimana, ibu saya tetap bekerja keras. Kalau nak dikatakan, miskin kami, adalah lebih miskin dari depa. Tapi kami, sihat dan terapi. Mana ada ibu yang sampai hati biarkan anak terkurung dalam bilik penuh najis dan terbiar.

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info