Dalam emelnya kepada Astro AWANI, Presiden kelab tersebut Khalid Rashid atau dikenali sebagai Pak Rashid berkata, ianya sangat melampau walaupun tujuannya adalah untuk bergurau.
“Melampau sangat walaupun tujuannya bergurau tapi banyak benda lain yang boleh dijadikan bahan gurauan bukan bergambar seperti ini.
“Ini namanya menyeksakan haiwan dan bukanlah satu yang melucukan tapi menyedihkan,” katanya.
Pak Rashid turut mempersoalkan tahap pemikiran pengadil yang memilih gambar tersebut kerana tidak berfikir akan baik dan buruknya gambar tersebut.
Foto yang disifatkan 'melampau' oleh Kelab Kucing Malaysia.
Mengakhiri kenyataan itu, Pak Rashid yang mewakili ahli-ahli Kelab
Kucing Malaysia dan para peminat kucing meminta agar pihak akhbar
memberi penjelasan kenapa gambar tersebut sangat istimewa sehingga
sanggup dikeluarkan di dalam akhbar.Kelab tersebut turut memberi pandangan agar pihak berkenaan memohon maaf kepada pencinta haiwan sedunia.
Harian Metro pada Isnin melalui sisipan Variasi mempamerkan gambar tiga kanak-kanak beraksi dengan wajah kelakar bersama seekor kucing yang ditimbus dengan pasir sehingga ke paras kepala.
Pertandingan tersebut mengkehendaki peserta menghantar foto yang mempunyai nilai berita dan pemenang diberikan RM50 dalam bentuk kredit.sumber
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kelab-kucing-malaysia-minta-penjelasan-akhbar-pilih-foto-kucing-ditimbus-38301?cp
0 Komentar untuk "Kelab Kucing Malaysia Minta Penjelasan Akhbar Pilih Foto Kucing Ditimbus "