>>>>>

Lima Pemimpian Dunia Digulingkan Oleh Rakyat

Dunia menjadi saksi terhadap kekejaman, penyelewengan, salahlaku, kewibawaan, kehandalan, kecerdikan dan kredibiliti seseorang pemimpin dalam menguruskan hal pentadbiran sesebuah negara.


Hal itu tentu sekali tinggal kekal sebagai sebuah sejarah dan perlu dihayati serta dijadikan pengajaran untuk generasi akan datang.
Sejarah dunia telah membuktikan bahawa wujud pemimpin-pemimpin dari pelbagai negara di dunia yang tewas dalam tugasnya.
Lebih mengecewakan lagi apabila karier politik mereka ditamatkan akibat kesatuan rakyat sendiri menentang pentadbiran mereka atau tindakan undang-undang yang tidak mengenal siapa dan jawatan apa sekalipun.
Ia seperti menjadi satu hari yang gelap bagi pemimpin tersebut selepas mula menyedari tiada lagi hari esok buat mereka sebagai ketua negara.
Duit yang banyak sudah tidak bermakna lagi kerana gelombang kesatuan rakyat yang diterima tidak boleh dibeli serta disogokkan dengan wang lagi.
Tangan yang berkuasa membunuh sesiapapun itu sudah tiada harganya lagi.
Dipetik dari portal Malaysiandigest, di bawah merupakan pemimpin-pemimpin di beberapa buah negara dunia yang tewas secara ‘tidak rela’ dan karier politik mereka dikuburkan oleh rakyat serta undang-undang dunia.

1. Slobodon Milosevic

Beliau akan terus dikenang sebagai pemimpin yang zalim di atas segala kejahatan yang dilakukan sewaktu perang Serbia-Bosnia. Perang yang tercetus pada tahun 1992 sehingga 1995 itu telah membunuh ribuan penduduk muslim Bosnia di atas arahan Milosevic dan pasukan Serbia sendiri.
Akhirnya, beliau ditangkap dan diadili sebagai penjenayah perang. Milosevic akhirnya meninggal dunia dalam selnya sendiri pada tahun 2006 tetapi, usaha pihak pengadilan antarabangsa mencari sisa pengikut beliau yang terlibat dalam jenayah genocide pada Perang Bosnia terus dipertingkatkan.


2. Alfredo Stroessner

Beliau merupakan diktator yang memegang Paraguay hampir selama empat dekad lalu bermula pada tahun 1954. Rejim Stroessner terkenal dengan akisi penyeksaan, penculikkan dan kekejaman oleh pihak polis.
Menariknya, pada tahun 1989 Stroessner telah digulingkan oleh rejimnya sendiri kerana mereka khuatir diktator itu akan melantik anaknya sendiri yang juga seorang penagih dadah menjadi penggantinya untuk memerintah Paraguay.
Beliau dikatakan meninggal dunia sewaktu berada dalam pengasingannya di Brazil pada tahun 2006.
Majalah TIME pernah menulis bahawa rejim Stroessnar merupakan rejim paling lama yang bertahan diantara para diktator lain di Barat. Tidak jauh dibelakang, rejim kepimpinan beliau berada tidak jauh dalam carta dari rejim diktator Korea Utara, Kim ll Sung.

3. Antonio Salazar

Mendengar saja nama Antonio Salazar sudah cukup memberi gambaran bahawa beliau merupakan salah seorang pemimpin paling kejam di Benua Eropah.
Salazar yang memimpin Portugal sejak tahun 1932-1968 terkenal dengan bentuk pemerintahan nasionalis konservatif atau fasis Salazar berdiri teguh dengan visi anakronistik dimana Portugal masih mempunyai kekuatan ‘kaisar’ yang berhak menceroboh koloni-koloninya di selatan Afrika.
Rejim Salazar atau ‘Estado Nobo’ berjaya membangunkan negara menjadi maju dan mengekalkan kestabilan ekonomi negara biarpun sarat dengan penindasan terhadap rakyat.
Pada tahun 1960 telah berlaku satu pemberontakkan besar-besaran terhadap rejim Salazar di Mozambik dan Angola.
Beliau yang sedang menderita akibat pendarahan orak pada tahun 1968 telah dilucutkan jawatan secara diam dan pada tahun 1974, Revolusi Bunga muncul sekaligus menandakan berakhirnya pemerintahan rejim Salazar.

4. Pol Pot

Empat tahun rakyat Kemboja hidup dibawah kepimpinan Pol Pot sudah cukup memberi kesengsaraan terhadap mereka semua. Dari tahun 1975-1979, dianggarkan tidak kurang dari 1.7 juta rakyat Kemboja mati dibunuh oleh Pol Pot sehingga digambarkan beliau telah membuka sebuah ladang pembunuhan.
Namun, selepas penaklukan Vietnam ke atas Kemboja pada tahun 1978 telah membuatkan Pol Pot mula berasa gentar dan cuba meluaskan pemerintahannya dari dalam hutan.
Akhirnya, tempat yang menjadi persembunyian buat Pol Pot telah didedahkan oleh anak buahnya sendiri terhadap pihak lawan sehingga memusnahkan kerjaya politi beliau.
Pol Pot akhirnya meninggal dunia sewaktu berada dalam tahanan pada 15 April 1996.

5. Ferdinand Marcos

Nama Ferdinand Marcos terus diingati sehingga ke hari ini sebagai Presiden Fiipina tahun 1964. Sepanjang dua tahun pemerintahan beliau, Marcos sering melaungkan kepada rakyat Filipina tentang ancaman revolusi komunis dan perkara itu digunakan beliau untuk mengawal media serta menangkap beberapa orang lawan politiknya.
Pada ketika itu jugalah, jenayah korupsi dan kronisme semakin berleluasa dan berjuta wang negara disedut ke akaun peribadi Marcos di Switzerland. Pada tahun 1986, Marcos sekali lagi berjaya merampas semula jawatan Presiden Filipina biarpun hakikatnya pilihanraya itu dicemari dengan penipuan, intimidasi dan kekerasan.
Kejayaannya tidak bertahan lama kerana akhirnya Marcos telah digulingkan dalam Revolusi EDSA pada tahun yang sama.
Beliau dan isterinya melarikan diri dari Filipina dan akhirnya Marcos meninggal dunia dalam pengasingannya di Hawaii pada tahun 1989.
Hal ini telah membuktikan bahawa bukan semua pemimpin yang suatu masa dahulu pernah disanjung hebat dan dibanjiri dengan kemewahan akan berakhir dengan gemilang.
Namun, tidak semua pemimpin di dunia ini kecundang akibat salahlaku sendiri kerana tetap pada hakikatnya, pemimpin yang memperjuangkan kebenaran juga bakal berhadapan dengan rakyat yang mahu disogok dengan penipuan.
0 Komentar untuk "Lima Pemimpian Dunia Digulingkan Oleh Rakyat "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info