>>>>>

Model Cantik Berusia 40an Berwajah 20an Dari Taiwan

Top model Taiwan, Chi-ling Lin, baru saja menyambut hari lahir yang ke 40 tahun, namun ramai yang menyangka beliau masih berusia 20 tahun. Semua itu kerana wajah dan tubuhnya masih kelihatan awet muda dan cantik.

Popularitinya telah melonjak sejak tahun 2004, Chi-ling sering dikata sebagai model nombor satu di Taiwan, dan beliau mula berkecimpung di dunia lakonan sejak tahun 2008. dan kini dia menjadi model dengan bayaran termahal di region Greater China.

Pada tarikh 29 November lalu, Chi-ling menyambut ulang tahun ke-40. Namun, semua fotonya menunjukkan seolah-olah dia masih berusia dua puluhan.

Model berbakat ini nampaknya mempunyai gaya hidup yang sangat sihat, sehingga dia tiada tanda-tanda penuaan. Pada akaun micro-blogging-nya di Weibo, dia menulis mesej berikut:

"Hari ini saya mempunyai ketulusan saya di usia 10 tahun, jantung yang sihat di usia 20 tahun, pesona masa muda di usia 30 tahun, dan kebijaksanaan di usia 40 tahun. Hidup ini benar-benar indah pada setiap tahapnya!"


Selain mempunyai wajah manis dan kulit cantik, dia juga dikenali dengan kes yang tak dapat dielakkan. Ketika dia berusia 37 tahun, dia pernah membintangi sebuah komersial yang dilarang disiarkan di China kerana dikatakan terlalu s * ksi.

Sebuah sekolah rendah juga mendakwa bahawa anak-anak mereka tidak boleh menumpukan perhatian pada pelajaran mereka selepas melihat gambar Chi-ling di papan iklan di sekitar bandar. Ternyata, bukan hanya orang dewasa yang jatuh cinta pada kecantikannya, kanak-kanak pun tidak boleh menolaknya.

Tidak hanya berwajah cantik, Chi-ling juga sering terlibat dalam kegiatan amal dan baru-baru ini dia mendirikan yayasan amal Chiling Charity Foundation, yang menyokong kesejahteraan kanak-kanak. Chi-ling juga mendapatkan ijazah berganda dalam sejarah seni Barat dan ekonomi di Universiti Toronto, Kanada.




0 Komentar untuk " Model Cantik Berusia 40an Berwajah 20an Dari Taiwan "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info