>>>>>

Betul Ke Victoria Beckham Terkencing Dalam Seluar?

BEBERAPA hari lalu, gambar pereka fesyen tersohor antarabangsa, Victoria Beckham yang keluar tinggalkan parti di butiknya di London dengan kesan tompokan basah di bahagian alat sulitnya telah menjadi viral.

Tompokan basah tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya daripada pihak media tempatan.

vb
Victoria Beckham

Adakah ikon fesyen itu terkencing di dalam seluarnya? Atau ada perkara yang lebih teruk berlaku kepadanya ketika berparti di sana?

Isteri kepada pemain bola sepak itu juga kelihatan tidak stabil dan terhuyung-hayang ketika keluar dari butiknya dan dilihat terpaksa berpaut kepada suaminya, David Beckham.

Victoria Beckham dan suami, David Beckham.
Victoria Beckham dan suami, David Beckham.

Apa sebenarnya yang telah berlaku? Menurut sumber, jurucakap pihak Victoria telah menjelaskan bahawa tompokan basah yang terdapat di seluarnya itu adalah kesan tumpahan air ketika beliau sedang berparti.
“Ia hanyalah kesan tumpahan air yang paling malang kerana posisinya. Victoria ketika itu sedang duduk.
“Mujur ia bukanlah ‘kebasahan’ yang lain pada malam yang hebat itu,” katanya.

victoria-beckham-pants-london-photos-04

Benda kalau sudah nak jadi kan? Tapi persoalan lain, kenapa beliau kelihatan tidak stabil ketika keluar untuk masuk ke dalam kenderaannya?
Mungkin ibu kepada lima orang anak itu terlalu asyik dan seronok menikmati parti ketika itu sehingga air tertumpah pun tidak disedarinya.
0 Komentar untuk "Betul Ke Victoria Beckham Terkencing Dalam Seluar?"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info