>>>>>

Kebohongan Discovery Channel sebalik Aksi Manusia Ditelan Anaconda Didedahkan


Program televisyen Discovery Channel, mengundang banyak kecaman, setelah menjanjikan tontonan acara "Eaten Alive," yang ternyata jauh dari yang diharapkan jutaan penontonnya.

Discovery Channel menjanjikan tontonan rakaman yang memperlihatkan bagaimana pakar ular Paul Rosolie ditelan seekor Anaconda besar, yang ditemuinya dalam hutan Amazon di Peru.

Laporan yang ditayangkan Ahad malam, 6 Disember 2014, mendapat banyak kecaman, kerana tidak memaparkan peristiwa sesuai yang dijanjikan. Tidak ada rakaman kejadian seluruh tubuh Rosolie ditelan oleh Anaconda.

Fakta terbaru juga terungkap bahawa Anaconda yang digunakan dalam rakaman tidak dijumpai pasukan Discovery Channel di dalam hutan Amazon. Melainkan, khusus didatangkan ke lokasi untuk pengambilan gambar.



Seorang sumber yang mengetahui pengeluaran acara itu, berkata rancangan awal adalah menangkap Anaconda sepanjang 26 kaki, atau hampir lapan meter di Amazon. Tapi pasukan produksi gagal, sehingga mereka menggunakan yang lebih kecil.

Mereka membawa Anaconda sepanjang 20 kaki, yang dibesarkan dalam kandang, dan bukan ditemui di alam semula jadi. Menjawab soalan melalui akaun Facebook-nya, Rosolie mengaku bahawa publisiti yang dilakukan seputar acara itu mengelirukan.

"Orang-orang seolah-olah beranggapan bahawa saya telah ditelan. Mereka seolah-olah lupa bahawa ini adalah usaha untuk memasuki perut Anaconda," katanya. Rosolie berkeras bahawa dia dan pasukan, termasuk isterinya, telah berusaha melakukan usaha sejujurnya.

Pada rakaman yang disiarkan Discovery Channel, Rosolie yang berusia 27 tahun, serta 10 anggota pasukan, dipaparkan seakan tengah mencari Anaconda, yang sebenarnya sudah didatangkan secara khusus untuk acara itu.

Rosolie, kemudian menggunakan baju pelindung. Beberapa saat kemudian, Anaconda itu melilit tubuhnya, lalu membuka mulutnya untuk menelan kepala Rosolie yang juga telah menggunakan topi keledar pelindung khusus.

Tetapi, Rosolie merasakan lengannya patah akibat belitan Anaconda, lalu meminta pasukannya untuk menyelamatkan dia. Acara yang dipromosikan selama berbulan-bulan sebelumnya oleh Discovery Channel itu berakhir tidak sesuai janji.

Padahal, Discovery Channel menjanjikan acara itu akan memperlihatkan rakaman proses dari dalam tubuh anaconda, apabila salah satu ular paling menakutkan di dunia itu menelan mangsanya. Anaconda tidak berbisa, namun mempunyai rahang yang sangat kuat.

Ular yang panjangnya boleh mencapai 30 kaki di alam dan badan lebih besar dari Piton di Afrika dan Asia itu dapat membuka mulutnya hampir 180 darjah.
(Daily Mail)
0 Komentar untuk "Kebohongan Discovery Channel sebalik Aksi Manusia Ditelan Anaconda Didedahkan"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info