>>>>>

Remuk Dihempap Lori Simen Tapi Pemandu Kereta Tersebut Masih Selamat





CHINA – Kalau dilihat kepada kemalangan ini, pasti kita akan beranggapan pemandu dan penumpang kereta ini terbunuh.

Namun keadaan sebaliknya apabila seorang lelaki dengan neneknya berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Mereka terselamat dalam kemalangan ini. Bukan sahaja cedera, sedikit calar pun tidak kelihatan pada badan mereka.

Kejadian itu berlaku di wilayah Fujian pada pukul 10.45 pagi.

Selepas kereta ini ditimpa oleh pembancuh simen, penduduk di kawasan berkenaan tiada pilihan lain kecuali meminta tolong pemilik kren untuk mengangkat lori berkenaan, memandangkan mereka tiada kudrat untuk mengangkatnya sendiri.

simen1
Kedua-duanya kemudian dibawa ke hospital dan selepas didapati tidak mengalami sebarang kecederaan, mereka dibenarkan pulang.

Ia berlaku hanya dua bulan selepas dua wanita mengalami kemalangan sama, namun mereka hanya mengalami kecederaan ringan meskipun kereta mereka ranap dihempap pembancuh simen di wilayah Zhejiang.

Dalam kejadian itu, pemandu kenderaan itu berjaya keluar daripada keretanya yang remuk dan meminta pertolongan.

Bomba yang tiba di situ cuba menggunakan pengangkat trak namun disebabkan ia terlalu berat, mereka terpaksa memanggil khidmat kren.
0 Komentar untuk "Remuk Dihempap Lori Simen Tapi Pemandu Kereta Tersebut Masih Selamat"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info