Apa yang mengerikan adalah cara festival ini dilaksanakan! Mana taknya, para peserta dikehendaki mencucuk alatan tajam seperti pisau, besi, pedang mahu pun payung menembusi bahagian kulit muka.
Misi festival ini mudah iaitu peserta perlu mengelak daripada memakan daging selama sembilan hari untuk mempromosi cara pemakanan sihat.
Menurut Huffington Post, festival yang diadakan di Phuket ini akan berlangsung sehingga 1 November dan ia merupakan festival kedua dianjurkan pada tahun ini.
Pada 2011, 74 peserta tercedera akibat kesilapan teknikal semasa upacara ini berlangsung. Seorang dilaporkan mati.
Kalau ya pun hendak menghargai haiwan dan mempromosi gaya hidup sihat, tak perlu rasanya sampai nak menyakitkan diri, kan? - MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Festival Vegetarian Thailand Hargai Haiwan Dengan Cara Yang Mengerikan"