Peningkatan kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan dari bahaya kanser payudara dilakukan oleh sebuah syarikat melalui bra bervideo.
Dalam video ini, seorang perempuan ditugaskan untuk berjalan mengelilingi bandar. Ia diwajibkan untuk melakukan pelbagai perkara mudah yang biasa dilakukan perempuan lain, misalnya, bertemu rakan kerja, membeli kopi, dan berjalan-jalan. Namun, dalam menjalankan tugasnya ini, sang perempuan menggunakan baju yang cukup mengundang perhatian. Ia memakai bra berwarna pink cerah.
Bra yang dipakai ini cukup rendah sehingga menonjolkan kedua payudaranya. Untuk mengira berapa banyak orang yang melirik payudara anda, bra ini dilengkapi dengan sebuah kamera kecil di bahagian tengah bra. Bentuknya dibuat menyerupai kancing.
Di bahagian luarnya, ia memadukannya dengan menggunakan sebuah sweater ringan berwarna abu-abu. Sweater ini dikancingkan pada kancing terbawah sweater sehingga bra dan payudara menjadi pusat perhatiannya. Kamera ini akan menangkap semua gerakan orang dan arah mata mereka.
Hasilnya?
Hampir semua orang yang berinteraksi dengannya memandang payudara. Tak cuma laki-laki muda, tetapi laki-laki separuh baya dan perempuan muda pun mencuri pandang untuk melihat payudaranya.
Pembuatan video ini bertujuan untuk mengingatkan perempuan bahawa ia harus menjaga kesihatan payudara. Pasalnya, semua orang terus-menerus melirik payudara anda.
Jadi, luangkan sedikit masa untuk melakukan pemeriksaan payudara secara teratur. Begitulah pesan yang ingin disampaikan.
Sumber: yahoo news
0 Komentar untuk "Perempuan Ini Memakai Bra Berkamera, Kantoi..!! Banyak Orang Yang Melihat Payudaranya"