Mexico City:
Sebuah keluarga dipenjara semalam kerana mencungkil mata seorang
kanak-kanak berusia lima tahun dengan sudu ketika melakukan pemujaan
setan.
Dalam
kejadian itu, Fernando Caleb Alvarado Rios diarah menutup mata oleh
ibunya di depan datuk, neneknya serta ibu dan bapa saudaranya sambil
mereka menari mengelilinginya dan memuja syaitan.
Tetapi
apabila Rios terlalu takut untuk melakukan apa yang disuruhnya, ibunya,
Maria del Carmen Garcia mengambil sudu dan mencungkil mata kanak-kanak
itu bersama-sama anggota keluarganya yang lain.
Mereka
ditangkap apabila jiran yang mendengar bacaan mantera yang kuat dari
rumah keluarga itu dan melihat kanak-kanak itu menjerit kesakitan.
Semalam, dua
tahun selepas kejadian pada Mei 2012 itu, sebuah mahkamah menjatuhkan
hukuman penjara 30 tahun ke atas setiap tertuduh.
Seorang saksi berkata: “Kami mendengar jeritan dan mengetuk pintu rumah itu.
Tetapi tidak seorang pun membukanya.
Kami
memanggil polis yang kemudian memecah pintu rumah itu.” Anggota polis,
Benet Curiel memberitahu mahkamah, mereka menyaksikan lima orang dewasa
berpakaian seperti syaitan mengerumuni kanak-kanak itu di dapur.
“Dua wanita terbabit berlumuran darah.
Kami terpaksa mengacu pistol untuk memaksa kumpulan itu melepaskan budak berkenaan sebelum memanggil ambulans.
Seorang daripada mereka memberitahu budak itu anaknya dan mengaku bertindak mencungkil mata mangsa,” kata Curiel.
- Agensi
0 Komentar untuk " Ibu Cungkil Mata Anak Dengan Sudu Untuk Ritual Pemujaan Syaitan"