Malaysia Harus Berjaga-Jaga Kemungkinan Diserang Virus Ebola (4 Gambar)
Hari ini dilaporkan angka kematian akibat penyakit bawaan virus Ebola telah pun meningkat dan mencecah angka 887 orang.
Ia meningkat seramai 158 orang berbanding angka yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada 31 Julai lepas.
Sejak awal tahun ini, terdapat lebih 1,600 kes jangkitan virus Ebola dilaporkan sejak ia dikenalpasti merebak di Guniea.
Ebola merupakan penyakit maut yang menjangkiti manusia dan juga haiwan mamalia lain seperti monyet, gorilla dan chimpanzee.
Ia
dijangkiti oleh sejenis virus dipanggil Ebola yang dinamakan sempena
nama sebuah sungai di Republik Congo di mana ia buat kali pertamanya
dikesan dan dikenalpasti pada tahun 1976.
Ebola
boleh berjangkit melalui darah, atau menyentuh barangan yang sudah
tercemar dengan virus Ebola seperti jarum suntikan, atau bersentuh
dengan haiwan yang dijangkiti biasanya melalui memakan dagingnya.
Pesaki
Ebola akan mengalami demam, sakit kepala, sakit sendi dan sakit tekak
yang kemudiannya disusuli dengan cirit-birit, muntah-muntah.
Pada peringkat akhir penyakit Ebola, pesakit akan mengalami ruam-ruam dan pendarahan dalaman termasuk luaran.
Penulis
memperlihatkan kepada anda bagaimana rupa virus Ebola dan juga keadaan
pesakit yang menderita akibat jangkitan virus berkenaan.
Kementerian
Kesihatan melalui Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam pada Ahad
lepas berkata pihaknya mempunyai keupayaan untuk mengesan dan merawat
penyakit maut melibatkan virus berkenaan.
Katanya,
hospital kerajaan di seluruh negara mempunyai kemudahan untuk merawat
penyakit itu dan Malaysia turut memiliki makmal di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang berkeupayaan untuk mengesan virus
tersebut.
“Ebola
adalah salah satu penyakit yang dinotifikasikan di bawah Akta
Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (PCID) 1988. Sehingga kini,
tiada kes itu dilaporkan di Malaysia.
“Semua
kementerian dan agensi kerajaan bagaimanapun diminta bekerjasama untuk
mencegah situasi Ebola,” katanya dalam satu kenyataan media.
Ketika
ini kementerian kesihatan perlu berada pada tahap berjaga-jaga paling
tinggi untuk segera mengatasi virus ini jika ia mula menyerang
warganegara Malaysia.
Menurut Subramaniam, setakat ini tiada penularan penyakit Ebola dilaporkan berlaku di negara ini. - mynewshub
0 Komentar untuk "Malaysia Harus Berjaga-Jaga Kemungkinan Diserang Virus Ebola (4 Gambar)"