>>>>>

[Video] Orlando Bloom Dianggap Wira Kerana Pukul Justin Bieber

Orlando Bloom mendakwa dirinya menjadi hero bagi semua orang berikutan pergaduhan dengan Justin Bieber selama bercuti di Sepanyol, beberapa hari lalu.

Bloom mengakui, "Semua orang terus mengatakan bahawa aku wira mereka."

Kenyataan tersebut dilontarkan Bloom saat bertemu Leonardo DiCaprio. Bloom berteriak gembira apabila berjumpa DiCaprio, lalu menghujaninya dengan peluk dan cium. Selama bercuti di Lio Ibiza, Bloom dan DiCaprio juga bergabung dengan beberapa wanita, namun keduanya tampak larut dalam perbualan mereka.

Sebelumnya diberitakan, Bloom dan Bieber terlibat pergaduhan di restoran Cipriani, Ibiza, Sepanyol, pada Rabu, 30 Julai 2014, pagi waktu tempatan.

Bloom yang berusia 37 tahun menumbuk Bieber di depan beberapa selebriti, termasuk Paris Hilton dan P. Diddy. Persoalan ini dikhabarkan berkaitan hubungan yang dijalin Orlando dan Selena Gomez, yang diketahui sebagai bekas kekasih Bieber.

Orlando Bloom vs Justin Bieber
Screenshot rakaman video pergaduhan Justin Bieber (bertopi) dan Orlando Bloom (kemeja putih) yang dirakam seorang saksi


Justin marah, Orlando juga sangat marah. Ketika Justin pergi menjauhkan diri, Orlando melompat dari sofa menghampiri Justin. Keduanya cuba untuk melayangkan pukulan, "ujar Anastasia, seorang saksi

Selain itu, khabar angin yang beredar menyebutkan, pergaduhan keduanya kerana Bieber berhubungan dengan bekas isteri Bloom, Miranda Kerr. Pada Oktober 2012, Bieber dan Kerr dikhabarkan pergi bersama. Bieber bahkan disebut menghantar SMS yang isinya menggoda Kerr.

 
0 Komentar untuk "[Video] Orlando Bloom Dianggap Wira Kerana Pukul Justin Bieber"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info