China – Seorang gadis berusia 18 tahun baru-baru ini ditemui hangus terbakar di atas katilnya bersama sebuah iPhone 4S miliknya. Dipercayai dia telah terkena renjutan elektrik semasa sedang tidur, dikhuatiri yang dialirkan oleh iPhonenya yang sedang dicas.
Tubuh hangus terbakar gadis itu ditemui oleh saudaranya yang tercium bau hangus ketika memasuki rumah. Dia terkejut menemui saudarinya itu dalam sudah tak bernyawa dan melihat tak jauh dari jasad itu ada iPhone yang telah rosak terbakar, masih terhubung ke pengecas.
Pihak forensik membuat kesimpulan awal, pengecas tiruan penyebab kebakaran ini.
Sebelum ini, sememangnya banyak kes telefon terbakar disebabkan oleh barang tiruan yang diguna pakai bersama telefon. Contohnya kes Samsung S4 yang terbakar di bawah bantal dipercayai dicas menggunakan bateri tiruan di Texas. Tahun lepas pula, seorang seorang penumpang pesawat di China mati terkena kejutan elektrik yang disalurkan oleh pengecas iPhone tiruan.
0 Komentar untuk "Seorang Remaja Maut Terbakar Bersama iPhone 4S Yang Sedang Dicas"