>>>>>

Selepas 9 Tahun Tinggal Bersama Brad Pitt & Angelina Akhirnya Berkahwin



AKHIRNYA, selepas sembilan tahun bercinta tanpa ikatan rasmi, pasangan pelakon Brad Pitt, 50, dan Angelina Jolie, 39, disahkan sudah berkahwin pada Sabtu lalu.
Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah estet milik mereka iaitu Chateau Miraval, Perancis.



Pitt dan Jolie mula menjalinkan hubungan pada tahun 2005 selepas digandingkan bersama menerusi filem ‘Mr & Mrs Smith’.
Pasangan itu juga merupakan ibu dan bapa kepada enam anak iaitu Maddox, 13, Pax, 10, Zahara, 9, Shiloh, 8, serta kembar Vivienne dan Knox, 6.
Sebelum ini, Daily Mail pernah melaporkan kelibat keluarga itu dilihat di Perancis pada Jumaat lalu, namun tidak dapat menghidu majlis yang akan berlangsung pada keesokan harinya.
Apapun, kami harap tempoh perkahwinan ini kekal lebih lama daripada tempoh bercinta.
Kalau boleh, biarlah selama-lamanya ya…



0 Komentar untuk "Selepas 9 Tahun Tinggal Bersama Brad Pitt & Angelina Akhirnya Berkahwin"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info