KUALA LUMPUR – Pelakon Bollywod, Kajol menjelaskan sifat ramah dan sikap sopan santun adalah sesuatu yang istimewa mengenai penduduk berbilang kaum negara ini.
Kajol, 40, berkata, kunjung pertamanya ke Malaysia benar-benar membuatkan dia berasa teruja dengan sikap mereka itu.
“Sejak saya sampai ke Kuala Lumpur ramai peminat yang menyapa dan
melambai tangan ke arah saya. Paling saya hargai mereka peramah dan
paling penting penuh sopan santun,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemuramah oleh pelakon Lisa Surihani
pada majlis pelancaran saluran Astro Box Office (ABO) BollyOne HD
(saluran 251) di Hotel JW Marriot di sini pada malam Rabu.
Selain Kajol, aktor Aaron Aziz turut serta pada pelancaran
berkenaan. Pelakon itu dijemput khas bagi melancarkan saluran berkenaan
yang mengkhususkan penyiaran filem-filem dari Bollywood.Kajol tidak
ditemani suaminya iaitu Ajay Devgan.
Dalam pada itu menerusi temubual berkenaan Kajol turut menceritakan
filem lakonannya bersama Shah Rukh Khan iaitu Kuch Kuch Hota Hai (KKHH)
pada 1998 adalah memori terbaiknya sepanjang dia bergelar pelakon.
Katanya, filem itu bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam pada
dirinya tetapi juga peminat KKHH yang masih meminati karya tersebut
sehingga hari ini.
“Kuch Kuch Hota Hai adalah sebahagian daripada hidup saya dan ia
bukan sekadar filem tetapi adalah memori terbaik dalam hidup saya.
“Sehingga ke hari ini perasaan seronok berada di set penggambaran
bersama pelakon-pelakon lain dapat dirasai dan saya amat bersyukur ia
masih kekal di hati peminat,” katanya.
Tambah Kajol, dia tidak dapat membayangkan pelakon wanita lain
melakonkan watak Anjali dalam KKHH kerana peranan itu dekat di hatinya.
Sementara itu, mengulas mengenai pelancaran saluran BollyOne HDl,
Kajol berkata, ia satu tindakan baik selain memberi peluang kepada
peminat yang menggemari filem dari India.
Jelas Kajol, keunikan filem-filem dari Bollywood membuatkan penonton
menggemarinya dan dia yakin saluran itu akan mendapat sambutan hangat.
“Peminat filem Bollywood pasti akan teruja dengan saluran itu dan saya yakin ia akan mendapat sambutan hebat.
“Biarpun berbeza bahasa namun penonton masih boleh meminati
karya-karya dari India kerana ia istimewa dan penuh warna,”
ujarnya. Dalam perkembangan lain, Kajol berkata, dia bakal memasuki set
penggambaran filem terbaharunya dengan membawakan watak isteri mafia.
Selain itu, Kajol akan kembali bergandingan dengan Shah Rukh Khan menerusi sebuah filem arahan Rohit Shetty.
Selain KKHH, Kajol juga popular menerusi filem seperti Dilwale
Dulhania Le Jayenge, Kabhi Kushi Kabhi Gham dan My Name Is Khan, lapor
mStar.
0 Komentar untuk "Kajol Teruja Dengan Sikap Ramah Rakyat Malaysia"