perkampungan
setinggan tertinggi di dunia yang terletak di Caracas, Venezuela. Tower of David ialah sebuah bangunan terbiar yang terletak di tengah ibukota
ini. Pada asalnya ia dibina sebagai bangunan pejabat pada tahun 1990
tetapi akibat masalah kewangan ianya terbengkalai sejak 1994. Selepas
itu golongan gelandangan mula berpindah ke dalam bangunan tinggal ini
dan menjadikannya sebuah kampung vertical. Kerana bangunan ini tidak
siap tidak terdapat sistem lif, elektrik ataupun air. Penduduk naik
turun menggunakan tangga setiap hari. Bekalan air dan elektrik juga
harus diusahakan sendiri. Di dalam Menara David ada kedai runcit, kedai
gunting rambut dan pusat komuniti yang diusahakan penduduk. Ianya juga
menjadi tempat penjenayah menyorok. Hanya 22 daripada 45 tingkat didiami
dan dianggarkan 3000 orang menjadikan menara ini rumah mereka. Awal
bulan lalu sebahagian besar penduduk sudah dipindahkan pihak kerajaan.
Ini adalah kerana kerjaan Venezuela sudah membina rumah flat kos rendah
untuk mereka. Flat kos rendah yang dibina lebih selamat didiami dan
mempunyai segala kemudahan asas yang diperlukan.
Sumber Reuters
0 Komentar untuk " MENARA DAVID : PERKAMPUNGAN SETINGGAN TERTINGGI DI DUNIA (21 GAMBAR)"