>>>>>

Kisah Kenapa Gadis Kebaya Sangggup Bergadai Nyawa Demi Mesej Untuk Gaza



Beberapa keping gambar seorang gadis bertudung bergadai nyawa demi sokongan untuk Gaza  lengkap berpakaian kebaya ddi atas sebuah pencakar langit dengan memegang mesej keamanan di Gaza  berjaya mencuri perhatian ramai menjadi viral semalam. Pasti ramai yang bertanyakan sama ada ianya benar diambil dari sudut bangunan tinggi atau sekadar helah suntingan Photoshop.


Bercakap kepada SAYS.com, jurugambar Keow Wee Loong menceritakan pengalaman beliau memanjat sebuah bangunan yang enggan didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur bersama seorang gadis bernama tersebut yang bernama Fatin Ilani.

Untuk pengetahuan, Keow Wee Loong ini turut digelar Spiderman Malaysia. Beliau mendedahkan yang beliau terkejut dengan keputusan gadis tersebut untuk bersama memanjat kerana berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengikuti beliau sangat takutkan ketinggian namun ianya berbeza dengan Fatin Ilani.

Fatin Ilani yang turut dutemubual berkata beliau bersetuju untuk menyertai aktiviti ini hanya kerana Keow Wee Loong yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan tidak akan sesekali bersetuju jika diajak orang lain.

“Saya pun tidak percaya yang saya mampu untuk memanjat sampai ke puncak,” ujarnya yang turut memberitahu ‘pendakian’ mengambil masa 45 minit dan dilakukan dalam persalinan kebaya penuh.



Melalui komen di Facebook Rotikaya, Fatin Ilani berkata tindakan beliau itu adalah sebagai respons kepada perhimpunan Save The Children Of Gaza yang dianjurkan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu yang mana beliau melihat ramai anak muda turun hanya untuk mengambil gambar bersama selebriti sebelum terus meninggalkan lokasi.




Biar apapun tohmahan, keberanian gadis ini untuk memanjat pencakar langit demi menyampaikan mesej positif kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia wajar dipuji. Sekurang-kurangnya dia berani berbuat sesuatu, bukan hanya melaungkan pendirian di laman sosial tanpa tindakan.

SUMBER: SAYS.com | Facebook Keow Wee Loong

sumber berita 
0 Komentar untuk "Kisah Kenapa Gadis Kebaya Sangggup Bergadai Nyawa Demi Mesej Untuk Gaza "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info