>>>>>

Disebabkan Tidak Mempunyai Teman Wanita,Seorang Remaja Cuba Memperkosa Neneknya Sendiri



Seorang pemuda berusia 20 tahun cuba untuk memperkosa neneknya sendiri selepas mengadu kepadanya bahawa ia tidak mampu mendapatkan seorang teman wanita.

Samuel Dye asal Chester, South Carolina, diduga terlabih dulu memukul neneknya dengan tukul besi sebelum memperkosa.

Menurut keterangan pihak polis, serangan Dye ini berjaya dihentikan oleh ayahnya setelah ia mendengar jeritan dari ibunya yang berusia 61 tahun ini.

Masa sampai ke sumber suara, ia mencari anaknya berada diatas ibunya dengan seluar yang telah ditarik ke bawah, dan memukul kepala wanita tua itu dengan tukul besi.

Si ayah kemudian menarik anaknya itu dan menahannya sampai pihak dari polis tiba di tempat kejadian.

Serangan ini terjadi setelah Dye muncul di rumah neneknya di Chester, South Carolina, pada Khamis (09/08) pukul 4 pagi, minggu lalu.

Wanita tua itu mengatakan kepada polis bahawa Dye muncul di rumahnya dengan memegang tukul besi di tangannya, dan kemudian mula mengadu tentang dirinya yang tidak mempunyai teman wanita.

Dye kemudian mula menyerang neneknya dengan tukul besi, namun wanita itu meminta agar cucunya berhenti dan menyarankan agar mereka berdoa bersama.

Namun pemuda itu tidak menggubrisnya dan cuba memperkosanya sebelum kembali memukul kepala neneknya dengan tukul besi.

Sheriff Richard Smith mengatakan bahawa Dye tertangkap basah dalam aksinya oleh si ayah.

Saat ini Dye ditahan di Pusat Penahanan Chester County, dan telah dituduh melakukan percubaan pembunuhan dan percubaan rogol.



(Daily Mail, Inquistr)
0 Komentar untuk "Disebabkan Tidak Mempunyai Teman Wanita,Seorang Remaja Cuba Memperkosa Neneknya Sendiri"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info