Anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus
lumus menyelamat Marisa Mohd Hashim (gambar kecil) yang terperangkap
dalam kereta ibunya apabila pintu kereta tiba-tiba terkunci.
Seorang doktor melalui detik cemas apabila anak kecilnya berusia
18 bulan terperangkap hampir satu setengah jam di dalam kereta miliknya
yang tiba-tiba terkunci dari dalam ketika sedang memasukkan barangan
dibeli di sebuah pasar raya, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, Marisa Mohd Hashim berada
di tempat duduk bahagian depan kereta, sebelum tibatiba semua pintu
kereta terkunci ketika ibunya memasukkan barangan dibeli, ke dalam
kereta.
Dr Zaleha Mohd Zahid, 47 berkata,kejadian itu dipercayai berpunca
daripada Marisa yang bermain kunci automatik kenderaan itu menyebabkan
pintu kereta terkunci. Beliau kemudian cuba membuka pintu tetapi gagal
dan terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai
Bomba Jertih untuk membuka pintu.
Tebuk cermin sisi
“Alhamdulillah, syukur anak kecil saya dapat diselamatkan selepas hampir satu setengah jam terperangkap dalam kereta.
“Hanya Allah yang tahu berdebarnya hati saya memikirkan keselamatan dan keadaannya sepanjang terperangkap itu,” katanya.
0 Komentar untuk "Bayi 18 Bulan Terkunci Sejam Dalam Kereta"