>>>>>

Saya Akan Lepaskan Emma – Zizan Razak



“Saya tidak ada masalah untuk lepaskan Emma. Insyaallah apabila apabila kontrak dia dengan Wire Fame Entertainment (WFE) tamat pada akhir bulan ini, harap semua masalah selesai selepas ini.

“Sebenarnya saya sendiri kurang jelas mengenai notis saman seperti yang dilaporkan media kerana saya sendiri tidak tahu cerita sebenar mengenai perkara tersebut,” kata Zizan Razak ketika mengulas mengenai notis saman kerana melanggar kontrak syarikat pengurusannya.

Zizan yang juga pemilik bersama WFE memberitahu kepada media isu tersebut tidak sepatutnya timbul dan diperbesarkan kerana kontrak Emma akan tamat akhir bulan ini.

“Saya tidak faham macam mana isu saman boleh timbul kerana rasanya tiada notis saman. Pelik, macam mana cerita berkenaan boleh timbul.

“Kalau boleh saya mahu menamatkan semua konflik ini dengan baik, tidak perlu diperbesarkan dan tidak mahu sebarang tindakan mahkamah,” katanya.

Sehubungan itu tambah Zizan dia akan bertemu dan berbincang dengan pihak WFE mengenai perkara tersebut.

“Saya akan cuba mencari ruang untuk berbincang mengenai beberapa perkara. Saya tak mahu lagi isalah faham berlaku.

“Masih ada beberapa perkara yang melibatkan saya dan syarikat belum selesai. Jadual kerjaya saya padat buat masa ini, tetapi akan mencari ruang untuk berbincang,” katanya.sumber
0 Komentar untuk "Saya Akan Lepaskan Emma – Zizan Razak"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info