>>>>>

Selepas Buat Kenyataan Kontroversi, Raja Azmi Tampil Bertudung


Sebelum ini  penerbit filem, Raja Azmi yang memberikenyataan kontroversi mempersoalkan dakwaan wanita tidak bertudung akan masuk neraka.

Terbaru, Raja Azmi membuat kejutan apabila tampil berhijab semasa menjadi tetamu dalam rancangan hiburan h live! di saluran Astro Ria bersama pengacara Datuk Aznil Nawawi.

Menurut Raja Azmi, selepas mengeluarkan kenyataan kontroversi tersebut beliau mula berfikir serta mendekatkan diri kepada Allah bagi mendapatkan petunjuk.

“Saya baca Al-Quran dan membuat solat sunat serta solat Tahajud selama tiga hari tiga malam dan pada satu pagi, saya rasa terdetik untuk berhijab.

“Tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa jika seseorang wanita itu tidak bertudung tidak semestinya dia akan masuk neraka kerana hanya Allah yang boleh tentukan sama ada seseorang itu akan masuk neraka atau tidak,” katanya dalam wawancara menerusi program tersebut.

Ditanya mengenai penerimaan beliau mengenai kritikan dan teguran yang dilemparkan kepadanya sebelum ini, produser berusia 55 tahun ini mengakui tidak terguris hati sebaliknya beliau bersyukur setelah menerima ‘teguran’ daripada Allah yang membuatnya mengambil keputusan untuk berhijab.

Dalam pada itu, Raja Azmi menjelaskan keputusannya untuk memakai tudung bukanlah untuk sementara waktu.

“Saya akan teruskan kerjaya dalam industri hiburan seperti biasa. Saya tidak percaya kepada pendapat yang mengatakan wanita bertudung susah cari makan. Semua ini terletak kepada watak dan tabiat masing-masing,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani
0 Komentar untuk "Selepas Buat Kenyataan Kontroversi, Raja Azmi Tampil Bertudung"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info