>>>>>

Tiz Zaqyah Warnakan Rambut Merah, Peminat Pula Yang Bertelagah


Tiz Zaqyah bukanlah satu nama yang asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Kredibiliti dirinya sebagai seorang pelakon yang hebat juga tidak dapat dinafikan.
Namun, dek kerana sering diberikan tanggungjawab untuk menggalas watak wanita bertudung, sebarang perubahan imej drastik yang dilakukannya sering menjadi buah mulut peminat.
Terbaru, tampil berani dengan rambut merah, pelakon berusia 26 tahun itu dilihat telah membuatkan para peminatnya saling bertelagah di laman Instagram.


Antara foto terbaru Tiz Zaqyah

Pertelagahan tersebut dipercayai bermula apabila Tiz memuat naik sebuah video semasa dia mewarnakan rambutnya di salon  beberapa hari lalu dan perbalahan itu dilihat masih berlarutan sehingga ke hari ini.
Namun, Tiz dilihat enggan mempedulikan persepsi negatif yang dilemparkan ke atas dirinya dan membalas beberapa komen tersebut dengan kata-kata sinis.






Respon yang diberikan oleh Tiz Zaqyah menerusi ruangan komen Instagram
Mengganggap bahawa pelakon kesayangan mereka tidak bersikap hipokrit, Tiz Zaqyah Razak Fan Club turut mengatakan bahawa orang ramai tidak seharusnya ‘mengadili’ tindakan Tiz untuk mewarnakan rambutnya itu.




Komen Tiz Zaqyah Razak Fan Club

Dalam pada itu, menerusi sebuah akhbar tempatan, Tiz telah mengumumkan bahawa dia sedang mencari tarikh yang sesuai untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasih hatinya, Daniel Haziq.

Mengenali satu sama lain sejak daripada bangku sekolah, Tiz bagaimanapun berharap agar pihak media menghormati pendirian teman lelakinya yang tidak mahu menjalankan sebarang sesi fotografi.

Apapun, semoga apa yang dirancang oleh pasangan ini dapat berjalan dengan lancar dan hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat!


 Lagi banyak gambar disini
0 Komentar untuk "Tiz Zaqyah Warnakan Rambut Merah, Peminat Pula Yang Bertelagah"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info