>>>>>

Penyokong Bola Sepak Maut Terkena Balingan Mangkuk Tandas



RECIFE: Seorang penyokong bola sepak terbunuh gara-gara terkena balingan mangkuk tandas ketika menyaksikan perlawanan bola sepak dalam satu pergaduhan antara peminat kedua-dua pasukan yang beraksi.

Kejadian disahkan oleh seorang polis di Recife pada Jumaat, di Stadium Arudda itu berlaku selepas perlawanan antara Santa Cruz dan Parana berakhir.

Insiden tercetus selepas beberapa peminat fanatik bertindak menanggalkan tiga mangkuk tandas dan membalingnya ke arah penyokong pasukan lawan.

Salah satu mangkuk tandas yang dibaling kemudiannya mengenai salah seorang penonton di kepala.

Mangsa dikenali sebagai Paulo Ricardo Gomes da Silva maut di tempat kejadian.

Insiden tersebut berlaku enam minggu sebelum Brazil menjadi tuan rumah Piala Dunia dan empat perlawanan peringkat pusingan akan berlangsung di Recife.sumber
0 Komentar untuk "Penyokong Bola Sepak Maut Terkena Balingan Mangkuk Tandas"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info