Dengar-dengar ia merupakan Julia Ziegler. Betul ke?
Khabar buruk ini terpalit sekali dek kerana beliau baru baru terbang ke Sydney, Australia untuk menjalani satu penggambaran dan kebetulan, semua tahu beliau berdarah kacukan.
Julia agak terkejut dengan kenyataan ini dan berkata dalam satu laporan akhbar, “Eh, mana ada! Mengarut saja. Jangan percaya mereka (penyampai). Memanglah saya ni jenis yang gila-gila, tapi tak adalah sampai terjerit dan mabuk macam itu. Orang buat cerita ini”
“Siapa yang mengadu, siapa yang bercakap? Terkejutlah saya. Siapalah yang buat lawak bodoh macam ini!.”
Hah, kalau tuan empunya badan sudah berkata
begitu, janganlah kita berfikir yang bukan-bukan. Kita tunggu saja siapa
sebenarnya pelakon berdarah kacukan itu. Nanti pasti akan pecah
tembelang walau disorok sedalam mana sekali pun.sumber
0 Komentar untuk "Julia Ziegler Mabuk Dan Bersikap Kurang Sopan Di Kota Sydney?"