Dan parahnya, CEO syarikat telekomunikasi Rusia, Devino Telecom ini melarikan diri selepas memukul kekasihnya tersebut.
Kemolekan paras Alexandra Sereda dalam posenya sebagai model
Kejadian bermula apabila teman wanita Pavel, Alexandra Sereda mengatakan ingin putus. Hubungan ahli perniagaan dan model cantik ini sudah berjalan selama dua tahun. Ternyata, Pavel tidak suka mendenagrnya. kerana marahnya, dia memukul Alexandra tanpa henti selama 10 minit.
Alexandra Sereda, dikenali sebagai model cantik di Rusia
Alexandra mengaku Pavel datang ke apartmen jam 7 pagi. Kerana tahu Pavel sedang emosi, Alexandra tidak mau membuka pintu. Tapi Pavel memaksa dan tidak mahu pergi sebelum pintu dibuka.
Pavel Ushanovdan Alexandra Sereda ketika mereka masih menjalin hubungan
Ketika Alexandra buka pintu, Pavel langsung memukul kepalanya. Meski Alexandra sudah menangis, Pavel tetap mengamuk. Alexandra berjaya selamat setelah berjaya melarikan diri melalui pintu. Untungnya, dia membawa serta telefon bimbitnya. Segera, Alexandra menelefon polis.
Wajah Alexandra sesaat setelah dipukul oleh Pavel dan diselamatkan oleh polis
Wajah Alexandra kini telah beransur pulih, tidak cedera lagi seperti saat pertama kali diselamatkan oleh polis
Pavel sendiri melarikan diri setelah polis datang. Polis sudah mengeluarkan surat perintah penangkapannya. Apakah Pavel akan selamat dari jeratan hukum? Memandangkan dia orang kaya, dan kata orang keadaan penguatkuasaan undang-undang di Rusia tidak berbeza jauh dengan di malaysia. Selama ada duit, semua boleh diatur) (Daily Mail, Sun Defender)
0 Komentar untuk "Model Cantik Ini Di Pukul Oleh Kekasihnya Sehingga Cedera Parah"