LIVERPOOL, - Manchester United (MU) berjaya menakluk musuh tradisinya, Liverpool, di Stadium Anfield, Ahad (23/9/2012). Perlawanan tersebut juga ditandai dengan bersalamannya Luis Suarez dan Patrice Evra sebelum kick-off.
MU terus memegang kawalan permainan pada awal-awal babak pertama. Pada minit ke-7, peluang pertama lahir bagi MU lewat pemain Gaeknya, Ryan Giggs. Menerima umpan Shinji Kagawa, Giggs melepaskan tendangan keras yang masih menyamping tipis dari jala Jose Reina.
Setelah kesempatan di dapat pasukan tetamu, Liverpool mulai bangkit. Perlahan, "The Reds" memegang penuh dominasi permainan. Bahkan, pada minit ke-9, gawang MU nyaris tembus andai tembakan keras Steven Gerrard tak melebar tipis dari sasaran.
Serangan Liverpool semakin hebat pada babak pertama. Memasuki minit ke-21, para pemain Liverpool mendakwa mendapatkan penalti kerana menilai Daniel Agger dilanggar Jonny Evans. Namun, pengadil Mark Halsey menilai usaha Evans merebut bola bersih.
Enam minit sebelum babak pertama berakhir, Liverpool terpaksa bermain dengan sepuluh pemain akibat kad merah yang diterima jonjo shelvey. Pemain tengah muda tersebut diusir kerana melakukan tekel keras terhadap Jonny Evans.
Meski bermain dengan sepuluh pemain, Liverpool masih boleh memperoleh satu peluang lagi. Tetapi, tendangan bebas Suarez masih boleh ditepis Lindegaard. Babak pertama pun berakhir seri tanpa gol.
Setelah turun minum, Liverpool langsung merobek pertahanan MU. Hasilnya terbukti tepat. Baru beberapa minit babak kedua berlangsung, penyokong Anfield langsung bersorak kala Gerrard mampu merobek jala Lindegaard. Bermula aksi Suso dan Glen Johnson, bola lantas mengerah ke Gerrard yang kemudian melepaskan tembakan voli yang gagal dibendung Lindegaard.
Tersentak gol Liverpool, tak perlu lama bagi MU mendapatkan gol penyamaan. Pada minit ke-51, Rafael da Silva secara mengejutkan tampil sebagai pemecah kebuntuan pasukan tetamu. Merangsek naik ke kotak penalti Liverpool, Rafael yang menerima umpan Shinji Kagawa melepaskan tembakan kaki kiri melengkung yang menembusi jala Reina.
Meski bermain dengan 10 pemain, Liverpool ternyata masih mampu mengawal permainan. MU sedikit boleh lebih mengimbangi kerana masuknya Paul Scholes menggantikan Nani pada awal babak kedua.
Memasuki minit ke-76, petaka menghampiri Liverpool. Jegalan Johnson terhadap Antonio Valencia di dalam kotak penalti dianggap pelanggaran oleh pengadil. Tanpa ampun, Van Persie yang menjadi pengambil sepakan dapat menaringkan gol, meski tembakannya sempat mengenai tangan Reina.
Perlawanan sempat menjadi panas memasuki minit ke-80. Para pemain Liverpool memprotes pengadil lantaran membiarkan tekel Van Persie terhadap Suso. Pengadil Halsey memberikan kad kuning untuk Van Persie.
Liverpool terus berusaha mencari gol penyamaan. Namun, usaha yang dikerahkan sia-sia kerana MU tetap unggul 2-1 hingga perlawanan berakhir.
Keputusan tersebut jelas semakin membuat Liverpool terikat di kedudukan terbawah Premier League. Tanpa kemenangan, Liverpool hanya meraih dua mata daripada lima perlawanan. Sedangkan MU dengan 12 mata terus menghimpit Chelsea yang berada di puncak liga.
0 Komentar untuk "Gol Penalti Van Persie Bawah Kemenangan Manchester United Keatas Liverpool Di Anfield"