>>>>>

Kafe Ini Tidak Terima Wang Yang Disimpan Dalam Coli

Gambar hiasan. Foto: Corbis

Sebuah kafe di Bandar Carnarvon, Australia Barat yang bersuhu panas dan lembab menuai kecaman kerana melarang pelanggannya membayar dengan wang yang disimpan di dalam bra atau pakaian dalam mereka.

Pemilik Kafe Fascine Coffee Lounge, Robin Weeks berkata, kakitangan serta anak lelakinya sudah muak kerana sering sekali menerima wang yang basah terkena peluh kerana pelanggan mengambil wang itu dari balik bra atau seluar dalam mereka.


Kesal menghadapi tingkah laku pelanggan yang kotor tersebut, Weeks kemudian meletakkan tanda amaran dekat mesin juruwang yang berbunyi: "Kami tidak menerima $$$ yang diambil dari bra dan seluar dalam".

"Kami memasang mesej itu selama dua bulan, tapi masih ada pelanggan yang bergegas menarik wangnya dari bra mereka sebelum masuk ke kedai ini," katanya.

Robin Weeks mengaku dia tidak akan melayan pelanggan yang didapati mengambil wang daripada pakaian dalam mereka untuk membayar dan akan tetap melakukannya, dan ia mendesak perempuan khususnya untuk membawa dompet.

"Saya tahu tabiat ini banyak dilakukan oleh perempuan, ada juga orang lelaki yang mengambil wang dari pakaian dalamnya, tapi saya tahu kebanyakan perempuan yang pakaiannya tidak mempunyai poket," katanya.

Beberapa penduduk mendakwa larangan itu tidak adil.

"Saya rasa orang ramai harus dibolehkan membayar dengan wang yang diambil dari bra atau pakaian dalam mereka, lebih-lebih lagi sebagai perempuan saya sering memakai pakaian yang tidak mempunyai poket," kata Christine dari Meekathara.

"Saya setuju memang wang itu kotor kerana boleh mengandungi bakteria dan yang lain, tapi saya rasa wang yang diambil dari tangan berpeluh dan bra yang berpeluh, itu tidak ada bezanya," tuturnya.
0 Komentar untuk "Kafe Ini Tidak Terima Wang Yang Disimpan Dalam Coli"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info