>>>>>

[Video] Pelajar & Ibu Terkejut Dapati Lelaki Beronani di Halaman Belakang Rumah



KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM dan ibunya terkejut apabila mendapati seorang lelaki sedang melakukan onani di belakang rumahnya menerusi video CCTV.

Lelaki tersebut kemudian di halau keluar oleh ibu pelajar tersebut.

Ibu pelajar itu membuka tingkap dapur dan menjerit ke arahanya.

CCTV yang dipasang di kawasan rumah keluarga itu merakam perbuatan lelaki itu melakukan perbuatan jijik itu.

"Saya merasa jijik dan dalam masa yang sama, terkejut. Kenapa kamu sanggup membuat perkara itu ditempat awam?", kata pelajar tersebut memetik laporan The Star Online.

Pelajar tersebut berkata ketika kejadian dia sedang berehat di ruang tamu rumah pada 12.22 pagi semalam. Ibunya yang ketika itu berada di dapur terlihat ada pergerakan di belakang rumahnya.

Ibu pelajar itu kemudian pergi ke ruang tamu dan membuka televisyen yang disambungkan ke CCTV kamera rumah dan kedua-dua mereka terkejut melihat lelaki terbabit dalam keadaan bogel di belakang rumah mereka.

Di dalam rakaman CCTV terbabit, lelaki itu dilihat keluar dari semak samun dan dilihat cuba mengintai melalui tingkap dapur.

"Ibu saya berlari ke arah dapur dan menjerit ke arahnya. Lelaki itu kemudian melarikan diri", kata pelajar itu.

Pelajar itu turut berkata jirannya kemudian telah mengenalpasti lelaki itu merupakan salah seorang penduduk di kawasan tersebut. Keluarga itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah semalam.

"Pegawai polis memberitahu kami orang jenis ini sangat berbahaya kerana dia sudah boleh berbogel seperti itu, yang bermakna dia sudah pun mencapai tahap yang berani(berbuat demikian). Jika dia mempunyai peluang untuk masuk ke dalam rumah, sudah tentu dia akan berbuat demikian", kata pelajar terbabit. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "[Video] Pelajar & Ibu Terkejut Dapati Lelaki Beronani di Halaman Belakang Rumah "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info