>>>>>

Penggemis Kudung Sebelah Kaki Tiba-Tiba Jadi Normal Larikan Diri Dari Pihak Berkuasa


Jakarta: Seorang penggemis kudung sebelah kaki tiba-tiba larikan diri dengan kedua-dua belah kakinya selepas diserbu oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bandaraya berkenaan.

Lelaki berkenaan yang dikenali Aris Setianto, 27, dikatakan berpura-pura kudung bagi menagih simpati orang ramai telah ditangkap kerana menipu.

Ketua jabatan berkenaan Chaidir memberitahu wartawan, lelaki itu Aris Setianto, 27, ditangkap ketika mengemis di jalan raya di Jakarta Pusat.

"Ketika hendak ditahan, mereka memang menyangka beliau benar-benak kudung, tetapi ketika lelaki berkenaan menyedari kehadiran kami, dia dilihat berlari menggunakan kedua-dua belah kaki."

“Kami akhirnya berjaya menahannya,” kata Chaidir.

Lelaki itu, dalam keterangannya kepada pegawai mengaku, hasil yang diperolehnya menerusi mengemis lumayan.

“Dengan berpura-pura kudung dan mengemis, dia berupaya memperoleh sehingga Rp200,000 (RM65) sehari. Pendapatannya sebulan boleh mencecah sehingga Rp5 juta (RM1,650),” kata Chaidir.

 Beliau dikatakan menjalankan aktiviti berkenaan sejak tahu 2008 lalu, pada mulanya agak malu tetapi kerana pulangannya lumayan dia mengetepikan semua perasaan tersebut
0 Komentar untuk "Penggemis Kudung Sebelah Kaki Tiba-Tiba Jadi Normal Larikan Diri Dari Pihak Berkuasa "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info