>>>>>

Biar Betul..Gadis Ini Sering Diserbu Peminat Kerana Mirip Miley Cyrus

 
 
SEORANG gadis yang berasal dari California, Amerika Syarikat ini ternyata sangat beruntung kerana memiliki wajah mirip persis penyanyi antarabangsa terkenal, Miley Cyrus.

Hal itu juga membuatkan Mardee Shackleford, 21 tahun; sering kali mencuri tumpuan sehinggakan dia selalu diserbu orang ramai di tempat awam kerana menyangka dia adalah penyanyi tersohor itu.

2E55748100000578-0-image-a-20_1447242225335

Miley Cyrus (Kiri), manakala Mardee (Kanan).
Miley Cyrus (Kiri), manakala Mardee (Kanan).

Keadaan itu juga membuatkan pengawal keselamatan di kelab malam terpaksa melindungi Mardee ketika dia diasak oleh peminat penyanyi itu kerana menyangka dia adalah Miley yang sebenar.

“Kadangkala saya rasa seakan-akan saya betul-betul terkenal atau seorang selebriti, ia sangat menyeronokkan bagi saya,” ujar Mardee

Bapa Miley, Billy Ray Cyrus yang secara kebetulan bertemu dengan Mardee di sebuah konsert juga mengakui sangat kagum dan terkejut melihat wajah gadis yang mirip dengan anaknya itu.

2E55749300000578-0-image-m-3_1447241577081
Selain memiliki wajah yang sama, Mardee dan Miley juga dikatakan mempunyai banyak persamaan antaranya suka menjelirkan lidah.

Sebelum ini, seorang wanita dari Brazil juga telah mendapat perhatian umum kerana memiliki iras wajah yang sama dengan pelakon menawan di Hollywood, Megan Fox.- MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Biar Betul..Gadis Ini Sering Diserbu Peminat Kerana Mirip Miley Cyrus"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info