>>>>>

Wanita Tersilap Titis "Super Glue" Dalam Mata



ANTANA, Florida: Seorang wanita secara tidak sengaja telah menitiskan gam "super" dalam mata menyebabkan matanya cedera tidak dapat dibuka selama beberapa hari.

Kejadian berlaku beberapa minggu lalu apabila semasa Katherine Gaydos sedang membersihkan halaman menggunakan mesin penyembur daun, matanya telah dimasuki habuk kayu, dengan matanya yang agak kabur itu dia telah meminta tolong rakannya mengambil ubat titis mata di dalam begnya dan mereka terambil gam berkenaan yang mempunyai bentuk botol hampir sama dengan ubat penitis mata.


“Ada benda telah memasuki mata saya, dan saya menjerit meminta tolong mendapatkan ubat titis mata dari dalam beg tangan saya. Sebaliknya mereka memberikan saya gam.

“Sebaik-baik saya menitiskan gam itu ke dalam mata saya, saya terasa mata saya seperti ‘terbakar’ dan saya menjerit meminta supaya menghubungi talian kecemasan 911.” katanya.

Menurutnya, doktor telah memberikannya antibiotik dan minyak sapu, tetapi doktor berkenaan enggan merawat matanya melainkan dia membuat pembayaran terlebih dahulu.

“Doktor memaklumkan bahawa saya perlu menjalani pembedahan untuk menyelamatkan mata saya, dan saya tidak tahu hendak buat apa. Saya tiada pekerjaan, tiada insurans atau wang,” katanya.


Seorang doktor lain telah menghubunginya, selepas agensi berita WPBF-TV menyiarkan kejadian itu di televisyen.

“Doktor itu bekerja di tempat yang sama dengan doktor pertama yang merawat saya sebelum itu.”

"Tetapi kali ini saya tidak perlu membayar. Doktor itu hanya meletakkan ubat sapu mata Lidocaine di bahagian atas dan bawah mata saya dan menarik kelopak mata saya sehingga mata saya boleh melihat semula.

“Doktor itu menyuruh saya datang semula untuk membersihkan baki-baki gam yang masih terlekat di kelopak mata saya.” jelasnya.

Gaydos berkata, dia bernasib baik kerana kejadian itu tidak menyebabkan matanya mengalami kerosakan kekal. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Wanita Tersilap Titis "Super Glue" Dalam Mata "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info