>>>>>

Kecoh Peminat Malaysia Cari Komen Dato’ Siti Di Instagram Cristiano Ronaldo

TERKEKEH-KEKEH ketawa dan tersenyum kami jadinya hari ini apabila melihat gelagat peminat hiburan tempatan.

2
Penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza

Mana tidaknya, kecoh satu Malaysia dibuatnya gara-gara tindakan penyanyi No. 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza ‘meninggalkan’ satu komen kepada bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo atau CR7 di laman Instagram milik jejaka kacak itu.

Paling tak disangka, ucapan yang ditinggalkan Datuk Siti itu tiba-tiba sahaja menjadi viral sehinggakan Instagram Cristiano kini menjadi ‘buruan’ dan dipenuhi dengan komen-komen bahasa Melayu yang ditinggalkan oleh rakyat Malaysia.

1

“Mana Datuk Siti punya komen, dah kebas scroll Ig,” tulis Nabil_Style.

“I’m here all because of Dato’ @ctdk hehehe,” tulis Aliff

“Many comment from Malaysia because Dato’ ct,” tulis resz_.

Menerusi gambar itu, pemain Real Madrid ini memuat naik gambarnya dalam sebuah kereta disertakan dengan gambaran mahu menaiki pesawat ke suatu destinasi.

Susulan itu, Cristiano menerima pelbagai komen dari peminatnya termasuk ucapan Datuk Siti yang berbunyi ‘safe flight dear’ atau ‘semoga selamat dalam penerbangan’.



Hal itu menyebabkan, gambar yang menarik lebih 954 ribu likes ini turut mendapat perhatian peminat Malaysia yang ingin mencari komen Datuk Siti.

Sementara itu, memetik laporan mStar Online, Datuk Siti meluahkan rasa kagum dan hormat kepada bintang dunia itu kerana tingkah laku yang ditunjukkannya terhadap masyarakat serta umat Islam.
“Sebab itu kita support (sokong) dia, dan doakan dia selamat,” ujar Datuk Siti ringkas.
0 Komentar untuk "Kecoh Peminat Malaysia Cari Komen Dato’ Siti Di Instagram Cristiano Ronaldo"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info