>>>>>

16 Filem Antarabangsa Yang Popular Ini Pernah Menjalani Penggambaran Di Malaysia

Malaysia seringkali menjadi salah satu destinasi utama bagi pelancong dari seluruh dunia kerana mempunyai tarikannya yang tersendiri. Namun, tahukah anda bahawa negara kita juga menjadi lokasi pilihan pengarah filem antarabangsa untuk menjalani penggambaran filem mereka.


Tentunya ini meletakkan Malaysia dalam peta utama industri perfileman antarabangsa seperti Hollywood, Bollywood dan Hong Kong.
Berikut adalah 16 filem antarabangsa yang menjadi pilihan pengarah terkenal untuk menjalani penggambaran filem mereka di negara kita.

1. Indochine (1992)

Imej dari youtube
Indochine adalah sebuah sebuah filem Perancis yang diterbitkan pada tahun 1992. Berlatar belakangkan zaman koloni ‘French Indochina’ di Vietnam sekitar tahun 1930an hingga 50an, filem ini mengesahkan Eliane Devries, seorang pemilik ladang dari Perancis dan krisis bersama anak angkatnya dari Vietnam, Camille. Dibarisi pelakon-pelakon Perancis, filem ini telah menjalani penggambaran di sekitar Pulau Pinang, Ipoh, Parit dan Shah Alam.

2. Police Story 3 (1992)

Imej dari hype.my
Police Story 3 adalah sebuah filem Hong Kong lakonan Datuk Jackie Chan dan Tan Sri Michelle Yeoh yang paling popular dan dikenali ramai. Pasti masih ramai yang tidak lupa satu babak di dalam filem ini di mana. Jackie Chan tergantung dengan tangga bertali dari helikopter dan kemudiannya terbang mengelilingi bandaraya Kuala Lumpur.

3. Beyond Rangoon (1995)

Imej dari hype.my
Sebuah filem arahan John Boorman yang bertemakan politik. Mengisahkan Laura Bowman lakonan Patricia Arquette, seorang pelancong dari Amerika yang berkunjung ke Burma pada tahun 1988 sewaktu krisis ‘8888 Uprising’ melanda negara itu. Keseluruhan filem ini sebenarnya menjalani penggambaran di Malaysia.

4. Thunderbolt (1995)

Imej dari hype.my
Filem ini dibintangi oleh Datuk Jackie Chan dan bertemakan dunia perlumbaan kereta. Yang menariknya tentang filem ini ialah terdapat banyak bahasa yang digunakan seperti Jepun, Cina dan Inggeris. Penggambaran filem ini dilakukan seperti di Sendai Hi-Land Raceway di Jepun dan Litar Batu Tiga, Shah Alam.

5. Young & Dangerous 5 (1998)

Imej dari hype.my
Filem dari Hong Kong yang sangat popular mengisahkan tentang dunia kongsi gelap. Filem ini memapakan kerjasama dua kumpulan kongsi gelap dari Malaysia dan Hong Kong.
Pelakon Paul Chun telah memegang watak sebagai Datuk Chan Ka Nam dan turut tampil lengkap berbaju melayu dan songkok. Salah satu babak dalam filem ini menjalani penggambaran di Restoran Soo Kee berdekatan Jalan Imbi.

6. Anna and the King (1999)

Imej dari astrogempak
Di adaptasi dari novel Anna and the King of Siam. Jodie Foster yang memegang watak Anna Leonowens ditugaskan menjadi guru kepada anak-anFilem ini turut dibintangi selebriti tanah air seperti Afdlin Shauki, Deanna Yusoff dan Sean Ghazi. Lokasinya pula dijalankan di Pulau Pinang, Ipoh dan Langkawi.

7. Entrapment (1999)

Imej dari hype.my
Bintang popular Hollywood, Sean Connery dan Catherine Zeta Jones menyumbang jasa dan keringat mereka dalam filem ini. Aksi-aksi lasak dalam filem ini dirakamkan di Chow Kit, KLCC, dan Stesen LRT Bukit Jalil.
Aksi-aksi hebat filem ini telah dirakamkan dengan berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas.

8. Summer Holiday (2000)

Imej dari hype.my
Sebuah filem dari Hong Kong arahan Jingle Ma dan dibintagi oleh Sammi Cheng dan Richie Ren yang berkisarkan tentang cinta dan kasih sayang. Lokasi penggambaran filem ini mengambil tempat di Pulau Redang, Terengganu. Kisah cinta sepasang kekasih yang memiliki resort di sebuah pulau di Malaysia. Lokasi penggambarannya ialah Pulau Redang, Terengganu.

9. The Sleeping Dictionary (2003)

Imej dari astrogempak.com
Sebuah filem romantik arahan Guy Jenkin dan dibintangi oleh Hugh Dancy, Jessica Alba, Brenda Blethyn, Emily Mortimer dan Bob Hoskins. Menjadikan Sarawak sebagai pilihan lokasi utama, filem ini menceritakan seorang pemuda yang berkunjung ke Sarawak sewaktu zaman penjajahan British di negeri itu.Pemuda itu tertarik dengan seorang gadis tempatan tetapi perhubungan mereka menjadi huru-hara kerana perbezaan budaya.

10. Don (2006)

Imej dari astrogempak.com
FIlem Bollywood lakonan Datuk Shah Rukh Khan yang diarahkan oleh Farhan Akhtar. Arjun Rampal dan Priyanka Chopra turut sama berlakon dalam filem ini. Hampir 80% penggambaran filem ini dijalankan di Malaysia, antaranya mengambil tempat di Menara Berkembar Petronas dan Jalan Masjid India.

11. After This, Our Exile (2006)

Imej dari hype.my
Pelakon popular Hong Kong, Aaron Kwok menjadi watak utama untuk filem ini di mana dia merupakan seorang lelaki yang berdepan krisis masalah keluarga. Filem ini sangat menarik apabila memaparkan keindahan bandaraya Ipoh.

12. Road to Dawn (2007)

Imej dari astrogempak.com
Filem sejarah China yang diarahkan oleh pengarah Hong Kong, Derek Chiu. Filem ini menggambarkan episod gelap dalam kehidupan revolusi Sun Yat -sen apabila dia mencari perlindungan di Pulau Pinang dari Julai hingga Disember 1910. Filem ini adalah filem pertama dari Tanah Besar China yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Pulau Pinang.

13. Lust, Caution (2007)

Imej dari hype.my
Filem berunsurkan thriller erotik ini adalah arahan dari Pengarah antarabangsa terkenal, Ang Lee. Pulau Pinang dan Ipoh menjadi latar belakang filem yang berkisarkan penjajahan Jepun di negara-negara Asia sekitar tahun 1938 dan 1942. Filem ini turut dibintangi Tang Wei, Tony Leung Chiu Wai dan Wang Leehom.

14. Fair Game (2010)

Imej dari astrogempak.com
FIlem lakonan Naomi Watts dan Sean Penn ini memaparkan kisah politik Amerika Syarikat di mana seorang wanita telah dituduh sebagai pengkhianat oleh negaranya sendiri. Babak awal filem ini menjalani penggambaran di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

15. The Viral Factor (2012)

Imej dari astrogempak.com
Filem aksi dari Hong Kong yang diarahkan oleh Dante Lam serta bintang utama filem ini ialah Jay Chou dan Nicholas Tse. Bermodalkan sebanyak HK$200 juta (RM114 juta), hampir 80% filem ini menjalani penggambaran di Malaysia dan lokasi yang menjadi pilihan pengarah adalah International Medical University di Bukit Jalil dan Jalan Raja Chulan. Aksi kejar mengejar turut berlaku di pusat beli-belah Pavillion.

16. Blackhat (2015)

Sumber dari astrogempak.com
Chris Hemsworth adalah teraju utama filem ini. Sewaktu di Malaysia, penggambaran telah mengambil masa selama 5 minggu melibatkan lokasi-lokasi seperti Kuala Lumpur, Port Klang, Pulau Pangkor, Manjung, Lumut, Marina Island dan Putrajaya. Pelakon lain filem ini ialah Tang Wei, Viola Davis, Holt McCallany, dan Wang Leehom.
Sumber dari Astro Gempak dan Hype.my
0 Komentar untuk " 16 Filem Antarabangsa Yang Popular Ini Pernah Menjalani Penggambaran Di Malaysia "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info