>>>>>

GILA .. Akibat Lelaki Ini Berkahwin Anjing Namun Hasilnya Selepas 2 Tahun Amat Mengejutkan


SEBUAH kuil di selatan Tamil Nadu, India menyaksikan perkahwinan seorang lelaki dengan anjing.

Pengantin lelaki berkenaan merupakan seorang petani berbangsa India berusia 33 tahun (tidak dinamakan), yang telah berkahwin dengan seekor anjing betina.

Dia berkahwin dengan anjing betina itu kononya untuk melepaskan diri dari sumpahan akibat kekejamannya membaling dua ekor anjing sehingga mati dan menggantungnya pada pokok 15 tahun yang lalu.

Dia percaya bahawa dia terkena sumpahan kerana hidup menderita sejak menganiaya anjing-anjing itu, katanya kepada Times Hindustan.

“Sejak kejadian itu, kaki dan tangan saya menjadi lumpuh, saya kehilangan pendengaran pada sebelah telinga, dan percakapan saya menjadi tidak jelas”, katanya.

Selvakumar duduk di sebelah pengantin perempuan yang memakai sari jingga dan kalungan bunga.

Dia cuba mendapatkan rawatan di hospital, tetapi doktor tidak dapat membantunya menyebabkan Selvakumar mandapatkan rawatan tradisional daripada ahli astrologi yang memberitahunya bahawa dia telah dikutuk oleh roh-roh anjing-anjing yang telah dibunuh.

Tukang ramal itu memberi amaran bahawa sumpahan itu akan berakhir hanya jika dia berkahwin dengan anjing dan hidup bersamanya.

Ahli-ahli keluarga mencari “pengantin” perempuan yang sesuai, kemudian memandikannya dan dan memakaikan pakaian untuk majlis perkahwinan.

“Pengantin” perempuan itu dibawa ke kuil oleh wanita-wanita kampung dan seorang sami menjalankan upacara tersebut.

Selepas upacara itu, pengantin lelaki dan keluarganya kemudian meraikan dengan perayaan, manakala anjing itu diberi makan roti.

Anjing betina itu dilaporkan cuba untuk melarikan diri kerana kehadiran orang ramai besar tetapi dia telah dijumpai semula dan kembali kepada ‘suami’ nya.

“Anjing ini hanya untuk meleraikan sumpahan yang terkena dan selepas itu, dia merancang untuk mencari isteri sebenar,” kata kawan kepada pengantin lelaki.

Kepercayaan karut orang di kawasan luar bandar India iaitu dengan menganjurkan majlis perkahwinan dengan anjing dan haiwan lain dipercayai boleh meleraikan sumpahan tertentu.


 
1 Komentar untuk "GILA .. Akibat Lelaki Ini Berkahwin Anjing Namun Hasilnya Selepas 2 Tahun Amat Mengejutkan"

KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor yang AKI
beri 4 angka [5398] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka PASANG NOMOR
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI DARSA,,di no (((085-321-606-847)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang NOMOR 770 JUTA , wassalam.


 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info