>>>>>

Kru Kabin Bergambar Gila-gila Sebaik Penumpang Turun Pesawat

Sekumpulan kru kabin penerbangan mendedahkan aksi mereka dengan pelbagai gaya luar biasa semasa ketiadaan penumpang di dalam pesawat.


Melalui laman sosial Instagram, mereka telah berkongsi gambar aksi ‘gila-gila’ itu semasa berada di dalam pesawat dengan menggunakan hashtag #overheadbin, lapor mStarOnline, semalam.



Sebilangan pramugara dan pramugari merakam gambar berkenaan secara bersendirian, namun ada yang mengumpulkan rakan sekerja untuk menyertai mereka bergambar kenangan.

Bagaimanapun, kesemua mereka mempunyai satu persamaan apabila setiap seorang dilihat memberikan senyuman yang berseri.

Seorang kru memberitahu, perbuatan tersebut adalah aktiviti tidak formal yang menandakan tamatnya satu acara penting bagi seorang kru kapal.

“Sentiasa ada kemeriahan di SWA,” ujar seorang pramugari syarikat penerbangan South West Airlines melalui keterangan gambar yang menunjukkan dia sentiasa bersedia untuk berseronok selepas penumpang meninggalkan pesawat.
0 Komentar untuk "Kru Kabin Bergambar Gila-gila Sebaik Penumpang Turun Pesawat "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info