>>>>>

Seorang Ibu Rantai Anak Kurang Upaya Sehingga Daging Mereput dan Membusuk..


Kejam!!! Seorang wanita yang mempunyai masalah mental bertindak kejam apabila mengunci anak perempuannya di sebuah bangsal selama SETAHUN - sehingga menyebabkan daging anaknya itu mereput dan busuk.

Ahli keluarga wanita malang berkenaan terkejut apabila mendapati Aneta Pokorskia, 25, seorang wanita kurang upaya dari segi fizikal dikunci sehingga menyebabkan salah satu punggung dan sebahagian daripada paha beliau telah hancur mereput.

Ketika ditemui Aneta dalam keadaan kurus kering kerana kekurangan zat makanan dan dehidrasi. 
Sebelum ini, ibunya, Maria Pokorskia, 53, memberitahu saudara mara mereka bahawa Aneta telah diambil oleh jabatan kebajikan sejak setahun lalu namun mereka mulai curiga apabila ibunya itu tidak dapat memberitahu lokasi di mana Aneta dibawa.

Aneta yang kurang upaya dan tidak boleh berjalan itu dirantai di atas kerusi yang ditebuk di bahagian bawah untuk membolehkan dia membuang najis. Sebuah bakul juga diletakkan di bawah kerusi berkenaan.
Bangsal yang menjadi tempat kurungan Aneta juga tidak mempunyai alat pemanas meskipun dalam keadaan cuaca sejuk hingga ke tahap beku.
Bagi memastikan Aneta tidak membuat bising, Maria turut berpindah ke bangsal berkenaan dan dia meletakkan katil kecil di penjuru bangsal.

Jurucakap polis berkata: "Anak perempuan itu dirantai ke tandas buatan iaitu sebuah kerusi dengan satu lubang potong dan diletakkan baldi di bawahnya.

"Ibu perempuan malang itu menggunakan sudut yang lain bangsal itu sebagai tandas. Pegawai Polis mendapati anak perempuan dia kelihatan seperti berada dalam kem kematian.

"Dia memakai kain buruk, kelaparan, kesejukan, separuh punggung beliau telah hilang dan separuh daripada paha beliau mereput.

"Bangsal ini tidak mempunyai pemanasan dan tidak ada air."

Menurut polis, Puan Pokorskia telah mengunci anaknya dalam kandang selepas bertengkar dengan ahli keluarga yang mahu meletakkan anaknya ke pusat penjagaan.

Menurut polis lagi, pihaknya tidak boleh mendakwa Maria kerana dia mengalami masalah mental sebaliknya siasatan akan dijalankan kenapa jabatan kebajikan tidak mengambil tindakan dan mengabaikan kedua-dua beranak itu sekian lama.

0 Komentar untuk "Seorang Ibu Rantai Anak Kurang Upaya Sehingga Daging Mereput dan Membusuk.. "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info