>>>>>

Air Pancut Dari Patung Payudara Yang Sangat Popular Di Itali

Di bandar Treviso, Itali ada air pancut yang unik bernama Fontana delle Tette. (Pancuran Payudara) Bentuknya berupa patung setengah badan wanita dan tanpa pakaian.

Bandar Treviso dapat ditempuh dengan perjalanan darat dari Bandar Rom, ibu negara Itali selama 5 jam. Lurus terus saja ke arah utara melewati Bologna dan berhampiran dengan Venice. Bandar ini masih kalah pamor dibandingkan Roma dan Venice.

Lokasi air pancut ini berada di pusat bandar, iaitu di Palazzo Zignoli, 31100 Treviso. Bentuk Fontana delle Tette adalah patung setengah badan wanita berwarna putih. Di depannya ada kolam bersaiz kecil untuk menampung air pancutnya yang keluar dari dua payudaranya
.

Fontana delle Tette
Screenshot air pancut Fontana delle Tette dari video yang dapat membuat kaum lelaki berpikir macam-macam
Air pancut ini dimuatkan sejarah. Dikisahkan, Datuk Bandar Treviso, Alvise Da Ponte pada tahun 1559 membuat air pancut tersebut dengan tujuan sebagai air minum untuk warganya. Hal itu disebabkan, Bandar Treviso sedang mengalami kemarau yang teruk. Artinya, patung air pancutnya sudah ada sejak abad ke-15!

Kemudian di tahun 1797, dikuatkuasakan peraturan baru. Tiap pergantian Datuk Bandar, air pancutnya bakal mengandungi wine dan boleh diminum percuma seama 3 hari. Tapi ternyata, peraturannya tak berlangsung lama kerana mendapat kecaman daripada pihak gereja.

Kini, patung asalnya disimpan di dalam peti kaca di Muzium Casa da Noal dan sudah tidak berfungsi lagi. Sedangkan yang ada di Palazzo Zignoli dan boleh dilihat traveler serta masih mengeluarkan air adalah tiruannya. Tapi, bentuk dan rupanya tak jauh berbeza.

Pelancong pun boleh membasuh muka atau merasakan airnya yang segar saat melewati Fontana delle Tette. Banyak juga pelancong yang bertingkah murahan sambil berfoto-foto dengan patung air pancutnya.

(Trip Advisor, Youtube)
0 Komentar untuk "Air Pancut Dari Patung Payudara Yang Sangat Popular Di Itali"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info