CHINA – Seorang lelaki, Yan Jianbin yang mengalami kecederaan teruk di bahagian muka akibat terkena kejutan elektrik hinggakan dia hilang mata dan hidung, bakal mendapat muka baru.
Ini kerana, kira-kira enam bulan lalu, doktor di Hospital Besar Tenter Shenyang telah memulakan prosedur terperinci untuk meregangkan kulit pada bahagian kiri dadanya.
Proses itu bertujuan membentuk kepala dengan air masin disuntik ke dada Yan untuk membolehkan kulit itu mengembang.
Saiz itu kini membesar seperti saiz bola tampar di bahagian dadanya dan ia membolehkan pakar bedah plastik memulakan membentuk bentuk muka Yan, yang juga seorang juruteknik.
Prosedur itu akan dijalankan dalam lima fasa yang rumit dengan dua fasa pertama akan melibatkan pembedahan membentuk hidung baru untuk Yan.
Doktor juga akan menggunakan tulang rusuknya untuk membentuk hidung Yan yang baru.
Fasa ketiga pula akan melibatkan usaha membentuk saluran arteri dan darah yang baru manakala pemindahan muka akan dijalankan dalam fasa keempat.
Manakala fasa terakhir akan melibatkan penambahbaikan di muka Yan.
Doktor menjangkakan semua proses itu akan menekan masa sekurang-kurangnya dua tahun.
0 Komentar untuk "Muka Baru Ditanam Di Bahagian Dada Lelaki Ini"