>>>>>

Lelaki Datang Hospital Dengan Kayu Terpacak Di Wajah



Berpantang maut sebelum ajal! Itu yang diharungi seorang lelaki di Poland, apabila terlibat dalam satu kecelakaan ketika berada di rumah sehingga mengakibatkan wajahnya ditusuk kayu tajam menembusi kepala sendiri.

Kamil Podwinski mengejutkan para jururawat apabila melangkah masuk ke sebuah hospital dalam keadaan kayu sepanjang 15 inci masih terpacak di bahagian mukanya.

Lelaki berusia 40 tahun itu memberitahu jururawat, dia sedang bekerja di rumahnya di Konin sebelum tiba-tiba terjatuh dan mukanya tertikam dengan objek tajam tersebut.

Menurut satu sumber, kayu tersebut menusuk masuk di bahagian bawah soket mata Podwinski dan menembusi tengkorak belakang sehingga beberapa inci.

Pasukan bomba kemudiannya dipanggil bagi membantu operasi mengeluarkan serpihan kayu tersebut kerana pihak hospital khuatir mereka tidak mampu berbuat demikian.

Sebastian Andrzejewski yang merupakan jurucakap bomba berkata, “Kami mendapat panggilan untuk mengeluarkan serpihan kayu dari wajah seorang lelaki.

“Bila kami sampai, ia melekat pada kedudukan yang sukar menyebabkan masa agak lama diambil untuk membuang kayu tersebut kerana dikhuatiri akan beri kesan kepada mangsa.”

Disebabkan saiz kayu tersebut yang besar Podwinsi tidak dapat dimasukkan ke dalam mesin imbasan, lantas dia terpaksa dikejarkan ke hospital lain di Poznan.

Podwinski dilaporkan bertenang sepanjang prosedur berlangsung dan ia sedikit sebanyak memudahkan proses mengeluarkan kayu. Dia kini proses sembuh.
0 Komentar untuk "Lelaki Datang Hospital Dengan Kayu Terpacak Di Wajah"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info