>>>>>

Tragis, Wanita dibunuh suami selepas berkahwin

Bunuh

Tragis, ini perkataan yang sesuai bagi menceritakan apa yang berlaku di Indiana baru-baru ini apabila seorang wanita ditemui mati dibunuh oleh suaminya hanya selepas beberapa jam mereka melangsungkan perkahwinan.

Dalam kejadian itu, suami wanita terbabit, George “Scott” Samson membunuh diri dengan kesan luka tembakan di badannya di rumah mewah milik mereka .

Sebelum ditembak, isterinya, Kelly Samson sempat membuat dua panggilan kecemasan kepada pihak berkuasa memberitahu Samson akan mencederakannya dan memiliki sepucuk pistol.

Kali ketiga Kelly menelefon pihak polis bagi meminta bantuan kedengaran bunyi tembakan yang akhirnya memyebabkan panggilan terputus.

Samson yang merupakan seorang doktor pakar bius dikatakan bertengkar dengan isterinya ketika majlis perkahwinan mereka sedang berlangsung.

Keadaan itu mewujudkan suasana kurang senang sehingga menyebabkan para tetamu yang hadir dalam majlis resepsi itu beransur pulang .

Menurut rakan-rakan mangsa, walaupun perkahwinan itu merupakan yang kedua bagi Samson dan Kelly namun majlis perkahwinan yang diadakan berlangsung meriah dan gembira.

Ramai tidak menyangka mereka mempunyai sebarang masalah. Paling menyedihkan ialah mayat Kelly ditemui oleh anak lelakinya hasil perkahwinan lalu yang baru berusia 10 tahun.

Polis mengatakan George Samson menggunakan sebuah pistol semiotomatis berkaliber 45 untuk membunuh isterinya dan kemudian digunakannya untuk bunuh diri.

Kelly Samson merupakan seorang jururawat yang juga berkerja di hospital yang sama iaitu Hospital Union dengan suaminya. Malangnya, nasib pasangan ini dan sungguh tragis pengakhiran hidup mereka.

Bayangkan… khemah perkahwinan mereka masih lagi dipasang di ruang taman berhadapan rumah mereka ketika kejadian itu berlaku, lapor MyNewsHub.

0 Komentar untuk "Tragis, Wanita dibunuh suami selepas berkahwin"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info