[Gambar diatas hanya hiasan semata] |
New York City: Seorang pelancong menyangka tindakannya memanggil tukang
urut ke bilik hotelnya di Manhattan selepas berkenalan di sebuah bar
akan berakhir seperti yang diharapkan.
Namun Brenton Price nyaris terpaksa membayar ‘harga’ lebih apabila sebuah jam tangannya bernilai AS$25,000 (RM81,860) hilang.
Dalam kejadian Isnin lalu, Price membawa pulang tukang urut, Shacarye Tims, kira-kira jam 5.30 pagi.
Pada suatu ketika, Price mendapati jam tangan Rolex Yacht-Master II itu
hilang kira-kira 10 minit kemudian, tetapi Shacarye berkata, ia mungkin
terjatuh di tepi katil.
Apabila Price kelam-kabut mencari jam berkenaan, wanita terbabit
tergesa-gesa meninggalkan bilik berkenaan, namun sempat ditangkap di
lobi hotel.
Sumber polis berkata, pergaduhan itu menyebabkan muka Price bengkak-bengkak akibat ditampar Shacarye berkali-kali.
Shacarye kemudian ditahan dan selepas pemeriksaan dibuat, jam berharga
itu akhirnya ditemui disembunyikan dalam kemaluan wanita terbabit.
“Dia kemudian ditangkap dan didakwa atas tuduhan merompak,” katanya, semalam.
Sementara itu, peguam bela Shacarye berkata, amat mengejutkan apabila
seorang wanita dibuli pihak berkuasa semata-mata mahu mendapatkan objek
pada anggota sulitnya.
Pemeriksaan lanjut mendapati Shacarye pernah ditangkap atas kesalahan
lain sebelum ini, termasuk mencuri dan melacur. - Agensi credit mymetro
0 Komentar untuk "Pencuri Kantoi Cuba Sembunyikan Jam Tangan Pada Kemaluannya"