>>>>>

Pemuda Terkejut, Kaki Jadi Sarang Pepijat




Pemuda Terkejut, Kaki Jadi Sarang Pepijat - LONDON : Ia merupakan pengalaman yang menakutkan bagi seorang graduan dari Universiti Plymouth apabila seekor pepijat dan beratus-ratus telur keluar daripada kakinya, selepas beberapa minggu dia pulang dari Tanzania.

Ketika itu, Matthew O’ Donnell, 22, sedang berehat di atas katilnya apabila tiba-tiba dia berasa kakinya mencucuk-cucuk sebelum pepijat itu yang menetaskan hampir 100 telur kecil berderai keluar melalui bahagian tapak kaki.

“Saya terkejut melihat telur dan pepijat itu. Tapi kemudian baru saya teringat bahawa salah seorang kawan saya juga mempunyai bengkak yang sama di bahagian kuku jari kakinya.

“Nampaknya serangga itu menggunakan kaki saya sebagai `tiket’ percuma untuk keluar dari Tanzania,’’ katanya.

O’Donnell sebelum itu menghabiskan cuti musim panasnya dengan menjadi sukarelawan di kawasan pedalaman Tanzania.

Ketika di sana, dia telah diingatkan dengan pepijat namun tidak menyangka kakinya menjadi sarang kepada serangga berkenaan.

Susulan itu, kaki O’Donnell berlubang namun doktor memaklumkan bahawa kakinya selamat dan tiada lagi pepijat atau telurnya yang bersarang di situ.

“Saya tidak sangka telur pepijat yang keluar dari kaki saya. Saya menggunakan tisu tandas dan membalutnya sebelum mengepamnya dalam lubang tandas,’’ katanya.
0 Komentar untuk "Pemuda Terkejut, Kaki Jadi Sarang Pepijat"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info