>>>>>

Mangsa Ebola ‘hidup semula’ selepas mati

med-15

Ganta, Liberia –  Pegawai-pegawai di Liberia telah mengeluarkan imej pertama mangsa Ebola yang disahkan mati dan hidup semula secara tiba-tiba, menurut Sumber: www.celebtricity.com.

Nama mangsa berkenaan tidak dikeluarkan oleh WHO dan berita kematian itu disahkan beberapa jam selepas Amerika Syarikat mengumumkan mangsa pertama Ebola di Dallas, Texas.

Kerajaan Liberia menuduh Amerika Syarikat mencipta Ebola sebagai ‘bioweapon’ untuk digunakan dalam peperangan masa hadapan.

Warga Liberia telah menyatakan kemarahan dan kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin sedang menguji virus berkenaan terhadap penduduk negara itu sehingga tidak mampu dibendung.

Laporan pertama mangsa Ebola yang mati dilaporkan oleh akhbar National Liberia. Jumlah pesakit Ebola kini dilaporkan semakin meningkat di Texas manakala Kansas telah mengisytiharkan darurat.

Gabenor Kansas, Sam Brownback telah mengisytiharkan bulan Oktober sebagai “Bulan Kesedaran Zombie” dan keadaan berjaga-jaga bagi wabak berkenaan.

Setiap rumah di seluruh negeri telah menerima risalah amaran dan bagaimana untuk mencegah penyebaran Ebola serta apa yang perlu dilakukan jika mangsa Ebola pengsan mati dan kemudian bangun secara tiba-tiba, lapor The Rakyat Post.

0 Komentar untuk "Mangsa Ebola ‘hidup semula’ selepas mati"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info