>>>>>

Lelaki Jatuh Ke Dalam Loji Kumbahan Najis Kerana Takut Bini




China: Seorang lelaki mabuk jatuh ke dalam kolam kumbahan najis kerana mahu mengambil jalan pintas dengan harapan dapat mengelak daripada bergaduh dengan isterinya.

Chi Fang, 42, menghabiskan masa minum bersama rakannya di Wuhu di daerah Anhui, timur China apabila isterinya telefon mengarah dia balik serta merta.

Dalam keadaan tergesa-gesa dia mengambil jalan paling dekat untuk pulang, melintasi sebuah jambatan yang boleh menjimatkan beberapa minit masanya.

Kerana 'pening' akibat minum arak, Chi berhenti seketika untuk muntah.

Dia membongkok melepasi besi penghadang, tetapi tidak dapat mengawal diri lalu jatuh ke dalam kolam kumbahan itu.
0 Komentar untuk "Lelaki Jatuh Ke Dalam Loji Kumbahan Najis Kerana Takut Bini"

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info