Ini kisah pelik yang berlaku di Utara Brazil , apabila seorang
kanak-kanak berusia 2 tahun yang sudah mati mengejutkan orang ramai
apabila meminta air ketika upacara pengebumiannya dan meninggal dunia
semula.
Kanak-kanak yang bernama Kelvin Santos ini disahkan meninggal dunia
di Hospital Belem akibat penyakit pneumonia (radang paru- paru).
Ketika upacara pengebumian, Kelvin secara tiba-tiba bangun daripada
kerandanya hingga menyebabkan tetamu menjerit ketakutan. Kelvin
kemudian, berkata “ayah, saya mahu air minum ,” mengejutkan para tetamu
yang hadir.
Pada mulanya ayah kepada kanak-kanak ini ,Antonio Santos menganggap
keajaiban berlaku dan anaknya dapat hidup kembali. Namun, Kelvin kembali
terbaring seperti sebelumnya hingga menyebabkan ayahnya berusaha
mengejutkan anaknya itu lagi tetapi tiada tindak balas yang berlaku.
Selaku bapa, pastinya Antonio tidak berputus asa dan segera membawa
anaknya ke hospital bagi berharap berlaku keajaiban ke atas anaknya itu.
Malangnya, doktor yang memeriksa Kelvin tetap memberitahu bahawa
anaknya sudah meninggal dunia kerana tiada tanda-tanda kanak-kanak itu
masih hidup.
Keluarga Kelvin yang masih berharap kanak-kanak itu dapat bernafas
semula, menunda pemakaman Kelvin selama 1 jam dan masih menunggu
keajaiban agar anaknya sedar semula.Tetapi perkara itu tidak berlaku dan
mereka terpaksa mengebumikan Kelvin di tanah perkuburan tempatan.
Antonio yang berasa aneh kejadian yang menimpa anaknya itu telah
membuat laporan polis dan menuduh anaknya menjadi mangsa penyelewengan
perubatan dan pihak polis telah memulakan siasatan bagi kes ini.
Bagaimana pun, pihak berkuasa mengesahkan kanak-kanak berusia 2 tahun
itu sudah dalam keadaan kritikal dan telah diisytiharkan mati selepas
mengalami kegagalan jantung (pernafasan). Sabarlah Antonio, mungkin ada
hikmah yang berlaku, lapor MyNewsHub
0 Komentar untuk "Kisah Pelik Budak Yang Sudah Mati Mengejutkan Orang Ramai"